Syarikat teknologi Microsoft berkata pihaknya telah “mengesahkan bahawa masalah itu mungkin menjejaskan sambungan kepada perkhidmatan Microsoft 365 bagi pengguna di mana-mana rantau”.
SingapuraNov 13, 2026 | 1:35 PM

Gangguan Microsoft jejas Outlook, Teams bagi ribuan pengguna termasuk di S’pura

Perkhidmatan Microsoft 365, Outlook, Teams dan aplikasi lain syarikat itu terganggu selama lebih lima jam pada 12 November, menjejas ribuan pengguna serta penyambung yang digunakan oleh perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) OpenAI dan Anthropic.

Sehingga 6 petang waktu Timur Amerika Syarikat (ET), iaitu 7 pagi pada 13 November waktu Singapura, Microsoft berkata pihaknya masih berusaha memulihkan pelayan terjejas, dengan pemulihan terhad...

tumor otak, BTSS, Nur Maisarah Johari
Mata-mataNov 13, 2026 | 1:52 PM

Dulu pendiam akibat tumor otak, anak bongsu tujuh beradik kini lebih mudah bergaul

Dahulu pendiam dan sukar meluahkan perasaan selepas disahkan menghidap tumor otak, Nur Maisarah Johari, sembilan tahun, kini gemar menari, bergurau dengan adik-beradiknya dan bergaul dengan rakan di sekolah.

Perubahan pada anak bongsu tujuh beradik itu disifatkan sebagai sesuatu yang amat bermakna oleh ibunya, Cik Zalina Eksan, 50 tahun, yang menyaksikan sendiri perjuangan Maisarah sejak ketumbuhan tersebut dikesan pada 2022.

IPresiden Indonesia, Prabowo Subianto, bertemu Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka di Istana Negara, Jakarta, pada 12 November 2026, hari yang sama Gibran menyerahkan surat peletakan jawatannya. Pengunduran anak sulung bekas Presiden Joko Widodo itu menyusuli kontroversi kelayakan akademiknya, namun Gibran menafikan isu diploma menjadi punca keputusannya, sementara Prabowo mengakui keputusan mahkamah mengenai syarat pendidikan mendorong beliau berundur.
DuniaNov 13, 2026 | 1:52 PM

Gibran nafi letak jawatan kerana isu diploma

JAKARTA: Gibran Rakabuming Raka menafikan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Indonesia berpunca daripada kontroversi diploma, walaupun Presiden Prabowo Subianto mengakui masalah kelayakan akademik anak sulung bekas Presiden Joko Widodo itu menjadi faktor utama pengundurannya.

Encik Gibran, 39 tahun, menegaskan keputusan tersebut dibuat secara sukarela demi kepentingan negara dan memastikan pentadbiran kerajaan dapat diteruskan tanpa gangguan politik.

Hasil operasi kumpulan Singtel meningkat 6 peratus kepada $7.29 bilion pada separuh pertama tahun kewangan, berbanding $6.91 bilion pada tahun sebelumnya.
SingapuraNov 13, 2026 | 1:42 PM

Keuntungan bersih Singtel susut 55% kepada $1.54 bilion; keuntungan asas naik 10%

Syarikat gergasi telekomunikasi Singtel pada 13 November melaporkan kemerosotan keuntungan bersih sebanyak 55 peratus kepada $1.54 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir September, berbanding $3.4 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Ini terutamanya disebabkan ketiadaan keuntungan luar biasa bersih sebanyak $2.21 bilion yang dicatatkan setahun lalu hasil penjualan sebahagian pegangannya dalam Airtel dan penggabungan Intouch-Gulf Energy.

Penyerang England, Harry Kane, mencatat penampilan ke-126 beliau sebaik perlawanan bermula, sekali gus memecahkan rekod sebelum ini yang dikongsi bersama bekas penjaga gol, Peter Shilton.
SukanNov 13, 2026 | 1:22 PM

Kane pecah rekod, bantu England mara ke suku akhir selepas kalahkan Croatia 2-1

LONDON: Harry Kane meraikan penampilan rekod ke-126 beliau bersama skuad England dengan jaringan sepakan penalti ketika membantu pasukan berkenaan menewaskan Croatia 2-1, pada 12 November.

Menyusuli kemenangan tersebut, skuad Three Lions itu berjaya menempah tempat ke suku akhir Liga Negara-Negara Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bertemu Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka di Istana Negara, Jakarta, pada 12 November 2026, hari yang sama Gibran menyerahkan surat peletakan jawatannya. Encik Prabowo mempunyai kuasa penuh mencalonkan dua pengganti Encik Gibran untuk dipilih oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR), yang diberi tempoh 60 hari mengisi kekosongan jawatan itu.
DuniaNov 13, 2026 | 12:19 PM

Prabowo diberi kuasa penuh pilih dua calon ganti Gibran sebagai Naib Presiden

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto, mempunyai kuasa penuh untuk menentukan dua calon bagi menggantikan Encik Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden, selepas peletakan jawatan anak sulung bekas Presiden Joko Widodo itu mencetuskan proses pemilihan penggantinya.

Encik Prabowo dijangka mengadakan rundingan dengan parti politik yang menyokong pemerintahannya sebelum mengemukakan dua nama kepada Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) untuk dipilih.

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video

PM Wong: Pemerintah PAP mesti rancang masa depan, buat pilihan sukar demi S'pura
Play Video

Harga elektrik dijangka tidak banyak terjejas akibat potongan gas dari Indonesia
Play Video