PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad bersyukur kegiatan penggambaran sudah dibenarkan kembali di Malaysia setelah sekian lama terkurung di rumah.
Namun, beliau terkilan terpaksa menolak tawaran besar mengacara bersama Datuk Aznil Nawawi, gara-gara jadual yang terganggu dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).





