RIYADH: Tentera pakatan pimpinan Arab Saudi berjaya memintas beberapa dron yang dipercayai dilancarkan oleh kumpulan pemberontak Houthi di wilayah Riyadh dan Wilayah Timur, ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara bersetuju melanjutkan sekatan terhadap kumpulan yang disokong Iran itu.
Jurucakap pakatan tentera Arab Saudi, Mejar Jeneral Turki al-Maliki, mengesahkan pemintasan dron berkenaan pada 12 November menerusi kenyataan yang...





