Purata bulanan insiden siber yang dilaporkan kini meningkat tiga kali ganda berbanding purata bagi tempoh Januari hingga Ogos, menurut Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA).
Dalam satu kenyataan media pada 13 November mengenai insiden siber yang baru-baru ini dilaporkan, CSA berkata insiden tersebut tidak kelihatan sebagai sebahagian daripada kempen serangan terselaras yang menyasarkan Singapura.





