KEJUARAAN Liga Perdana Singapura (SPL) mungkin milik Lion City Sailors Ahad lalu, namun Hougang United muncul sebagai pemenang terbesar di Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2021 semalam, menyapu dua daripada tiga anugerah berprestijnya.
Penyerang Hougang Tomoyuki Doi dinobat Pemain Terbaik musim ke-26 liga manakala jurulatih mereka, Clement Teo, menjadi jurulatih tempatan pertama dalam 12 tahun - sejak bekas...





