DALAM masa sejam selepas mengesahkan berita bahawa Singapura dan Korea Selatan akan membolehkan perjalanan tanpa kuarantin bagi pelawat sudah divaksin, pasangan suami isteri Encik Yusri Sapari dan Cik Jannah Monjiat dengan pantas menempah penerbangan.
Mereka tidak mahu terlepas peluang untuk kembali ke Korea Selatan, yang menjadi destinasi kegemaran mereka setelah mereka jatuh cinta dengan budaya dan suasana di negara tersebut...





