JIWA beliau terusik membaca laporan di dada akhbar mengenai wanita yang menjadi mangsa keganasan keluarga yang semakin mendapat perhatian sepanjang pandemik ini.
Justeru, pegawai penjara, Encik Mohamed Zulhilmi Mohamed Ya'acob, 29 tahun (kanan), terdorong menulis lagu diberi nama Keadaanmu, bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu tersebut sambil cuba memberi semangat kepada wanita yang menjadi mangsa penderaan dalam rumah tangga.





