Apabila Encik Mohamad Fariezan Abas mengunjungi keluarga banduan dalam divisyen Zhenghua yang terletak di Bukit Panjang untuk memahami keperluan mereka, beliau bawa sekali beberapa borang permohonan bantuan agar proses mendapatkan bantuan dapat dipercepatkan.
Relawan Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP) itu boleh melakukan demikian kerana beliau juga pengerusi Dana Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat (CDWF) Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) yang ditugaskan meluluskan...





