Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari sedekah subuh ke meja snek bagi yang memerlukan

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



SEJAK enam tahun lalu, keluarganya mengadakan kutipan 'sedekah subuh', dengan setiap anggota menderma seberapa yang mereka dapat ke dalam sebuah tin di sebelah pintu rumah pada waktu subuh atau sebelum keluar rumah.



Setiap 40 hari, dana yang disumbang lima anak-beranak itu diderma kepada badan-badan amal.



Didorong semangat membantu Ramadan, keluarga Cik Qistina Nabilah Rizal, 22 tahun, kini menyediakan pula snek di luar rumah mereka bagi sesiapa sahaja yang memerlukannya, terutama pekerja penghantaran makanan.



"Kami memerhatikan di kawasan rumah kami ramai penghantar maka-nan, memandangkan sekarang tempahan makanan cara paling mudah membeli makanan.



"Selain itu, rumah kami di tingkat satu dan berhampiran lobi lif. Jadi, lebih mudah untuk penghantar makanan singgah sebentar mengambil snek atau air sebelum pergi.Ia seperti stesen grab and go (capai dan beredar)," ujar anak sulung daripada tiga adik-beradik itu.



Meja snek itu disiapkan Cik Qistina sejak Sabtu lalu, iaitu malam pertama Ramadan.



Usaha itu dirakam dan apabila beliau memuat naik video meja snek tersebut disiapkan ke media sosial TikTok pada malam itu, ia mendapat lebih 60 ribu tontonan dengan lebih 9,000 likes dalam empat hari.



Cik Qistina berkata beliau tidak sangka video tersebut akan menjadi tular dalam masa yang pendek.



"Saya rasa sungguh terharu, terutama mengenai komen-komen yang ditinggalkan warganet," ujar beliau, sambil membaca lebih 100 komen yang memuji usaha keluarganya itu.



Mereka menyediakan air mineral, air paket, kurma dan beraneka biskut kering. Sejauh ini, keluarga itu membelanjakan sekitar $100 bagi air dan snek itu.



Cik Qistina berkata keluarganya juga telah menerima sumbangan makanan daripada saudara-mara yang juga ingin membantu.



Menurutnya lagi, ketika Ramadan sebelum pandemik Covid-19 melanda, dana 'sedekah subuh' itu digunakan bagi membeli baucar kedai runcit yang kemudian diagihkan kepada penghuni blok sewa berhampiran rumahnya.



"Kami tidak selalu melakukan perkara besar seperti menyediakan makanan. Kami lakukan yang kecil saja, seperti memberi wang kepada pak cik yang menjual tisu di pusat tukaran bas atau badan-badan amal," ujarnya.



Menurutnya lagi, amalan bersedekah sangat diterapkan dalam keluarganya.



"Ibu selalu mengingatkan kami agar menderma dan bersedekah. Dia sering menasihati jika ikhlas membantu dan sedekah kepada yang memerlukan, secara langsung ia juga dapat membantu diri sendiri (mendapatkan ganjaran pahala)," kata Cik Qistina.



Pengalaman bersedekah membuat Cik Qistina sedar bahawa tidak sukar melakukan kebaikan.



"Pada saya, menyediakan meja snek di luar rumah bukan sesuatu yang besar atau mengambil banyak masa. Jadi apabila saya membaca komen-komen positif yang mengucapakan terima kasih bagi tindakan itu, ia membuat saya sedar bahawa adalah mudah untuk membantu orang lain.



"Ia tidak mengambil tenaga atau usaha berlebihan, namun ramai warganet teruja dengan apa yang kami sekeluarga lakukan.



"Jika anda ada niat hendak membantu, jangan ragu-ragu. Lakukannya kerana walau betapa kecil bantuan itu, ia tetap akan meninggalkan kesan baik," nasihat beliau.




"Jika anda ada niat hendak membantu, jangan ragu-ragu. Lakukannya kerana walau betapa kecil bantuan itu, ia tetap akan meninggalkan kesan baik."
- Cik Qistina Nabilah Rizal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >