Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tempat kerja toksik... atau anda yang toksik?

Jun 11, 2023 | 05:30 AM



Apabila bertemu dengan teman-teman dari universiti, kami sering menceritakan kisah-kisah di tempat kerja masing-masing selain berkongsi tentang keluarga.

Semasa pertemuan tersebut, salah seorang teman saya berkongsi beliau berasa lesu setiap pagi apabila fikir tentang kerja.

“Memang lah, kerja mana tak penat,” kami berseloroh dengannya.

Namun, kes beliau lain sedikit... belum mula kerja lagi, tapi ‘penatnya’ dah terasa.

Ini menyebabkan beliau tidak ingin ke kerja setiap pagi dan kadang kala membuatnya terfikir untuk meletakkan jawatan.

Kami agak terkejut mendengar apa yang dikongsikan itu, kerana teman saya ini- yang kini bertugas sebagai seorang guru –melakukan sesuatu yang amat diminatinya, iaitu mengajar. Beliau juga gemar melayan kanak-kanak.

Justeru apabila pertama kali mendengar beliau ingin mengubah haluan kerjaya selepas enam tahun berkhidmat dalam syarikat pengiklanan untuk menjadi seorang guru, kami cukup gembira.

Ini kerana tugas sebagai seorang guru sepadan dengan aspirasi dan minatnya yang dikongsi dengan kami sebelum ini.

Menurutnya, beliau berasa seronok melakukan tugasan yang diberikan, namun persekitaran tempat kerjanya tidak membantu.

Setelah ‘dicucuk’ untuk terus berkongsi, beliau berkongsi bahawa beliau merasakan pengetuanya tidak mempercayai beliau dan gemar ‘micromanage’.

Pengetua beliau juga mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi yang dirasakan tidak sesuai dengan pangkat serta gajinya.

Beliau juga merasakan dirinya tidak dihargai oleh pengetua dan juga pekerjanya.

“Eh toksiknya!” kata salah seorang teman saya yang lain setelah mendengar cerita tersebut.

Memang berdasarkan ciri-ciri yang diterangkan itu seolah mengibarkan bendera merah atau ‘red flag’, menandakan tempat kerjanya itu agak toksik.

Persekitaran kerja yang toksik mempunyai ciri-ciri berbeza termasuk rakan kerja yang tidak saling menyokong antara satu sama lain, pihak pengurusan yang sering ‘micromanage’ dan tidak mempercayai pekerjanya dan juga kadar pemberhentian kerja yang tinggi.

Tinjauan oleh syarikat Instant Office mendapati bahawa jumlah warga Singapura yang mencari frasa “tempat kerja toksik” di Internet meningkat 55 peratus pada 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Ini menandakan keprihatinan yang meningkat di kalangan karyawan Singapura berkaitan persekitaran tempat kerja yang toksik.

Ia juga menunjukkan kesedaran yang meningkat akan pentingnya syarikat yang dapat menjaga kesejahteraan serta kesihatan mental pekerjanya, terutama sekali dalam tempoh pascapandemik ini.

Dengan media sosial yang membuka ruang bagi pekerja berkongsi cerita tanpa menggunakan identiti sebenar mereka atau secara ‘anonmymous’, lebih ramai yang lebih terbuka mendedahkan apa yang berlaku di tempat kerja.

Menurut Profesor Mak Yuen Teen dari Sekolah Perniagaan di Universiti Nasional Singapura (NUS), budaya bekerja digambarkan sebagai toksik apabila munculnya ciri-ciri tertentu.

Ini termasuk apabila berlakunya ‘pilih kasih’ antara bos dan pekerja dan juga kurangnya peluang untuk berlatih atau berkembang.

Apabila pekerja dalam organisasi mula bekerja dalam silo atau sendirian tanpa sebarang perkongsian maklumat turut menggambarkan budaya kerja yang toksik.

Syarikat dan majikan perlu sedar akan budaya pekerja dan juga persekitaran di tempat kerja dengan mendapatkan maklum balas dari pekerja.

Pada masa yang sama, pekerja juga perlu tahu bila mereka perlu ‘angkat kaki’ dan jauhkan dari budaya toksik ini.

Sebagai langkah pertama, pekerja boleh tanyakan diri sendiri: Adakah saya rasa diperkasa untuk menyumbang kepada pekerjaan ini? Adakah saya dihormati? Adakah nilai syarikat ini selaras dengan nilai yang saya pegang dan nilai ini diamalkan pemimpin dalam syarikat ini?

Jika jawapannya ‘tidak’ bagi kebanyakan soalan ini, mungkin ini masanya untuk cari peluang dalam persekitaran pekerjaan yang lebih sesuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >