Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10 tahun hasilkan lagu di belakang tabir, kini dapat nyanyi di Padang

Rakyat Singapura ghairah tentunya meraikan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-58 pada 9 Ogos. Antara acara yang dinantikan tentunya Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), yang bakal menyajikan atur cara yang menarik, interaktif dan berwarna-warni. BERITA HARIAN mengetengahkan pemuzik setempat yang akan membuat persembahan di NDP kelak.
Aug 08, 2023 | 05:30 AM



Setelah lebih 10 tahun menghasilkan muzik di belakang tabir, pasangan suami isteri yang juga penggubah lagu dan penulis lirik, Haramain Osman dan Judah Lyne, akhirnya berpeluang membuat persembahan bersama sebagai kumpulan The Lion Story bagi acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023.

Pasangan itu bakal mempersembahkan lagu ciptaan sendiri bertajuk ‘Oh Kawan’ di depan lebih 20,000 penonton di Padang.

Haramain tidak pernah menyangka bahawa lagu yang ditulisnya pada 2020 itu, semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 di rumah, akan terpilih untuk menjadi persembahan Hari Kebangsaan pada masa kelak.

“Tujuan utama menulis lagu itu pada awalnya adalah untuk meluahkan rasa rindu berjumpa kawan-kawan kerana terpaksa terkurung di rumah sahaja.

“Namun tidak pula kami menyangka bahawa lagu itu juga akan menarik perhatian pengarah muzik NDP 2023, Don Richmond, untuk mengundang kami menyumbang tenaga dan menyanyikan lagu kami di NDP,” ujar Haramain, 37 tahun, yang buat pertama kali membuat persembahan di NDP bersama isterinya.

Menurut Haramain, lagu ‘Oh Kawan’ mengambil sekitar dua bulan untuk diselesaikan pada 2020.

“Saya tulis tajuk lagunya dahulu. Kemudian, korus lagu sedikit sebelum saya tunjukkan kepada Judah untuk dapatkan pendapatnya. Pada masa itu, kami berdua setuju bahawa rentak korus yang saya cadangkan mempunyai irama yang menarik dan kami sambung menulis lirik lagu tersebut,” jelas Haramain yang telah berkecimpung lebih sedekad dalam bidang muzik.

“Kami sudah lama tidak membuat persembahan bersama. Jadi apabila tiba masanya untuk menyanyi di pentas depan khalayak penonton yang ramai, kami teringat semula kegembiraan dan kepuasannya membuat persembahan atas pentas. Sejujurnya peluang menyanyi ini membuat kami rindu membuat persembahan,” ujar Judah, 34 tahun.

“Sekarang baru kami faham apa rasanya untuk menjadi seorang penghibur dengan jumlah penonton yang ramai,” seloroh Haramain.

Pasangan itu banyak menulis lirik dan menggubah serta mencipta lagu bagi ramai penyanyi tempatan sebagai usaha membangkitkan bakat dan menyumbang kepada bidang muzik di Singapura.

Kumpulan The Lion Story telah ditubuhkan sejak 2008.

Mereka berdua juga telah memenangi anugerah Lagu Terbaik pada 2017 di Anugerah Planet Muzik bagi lagu Senyum Saja, yang dinyanyikan Aisyah Aziz dan Haikal Ali


“Kami sangat berterima kasih kepada Don Richmond atas peluang ini untuk buat persembahan beraksi bersama di pentas negara, untuk Hari Kebangsaan Singapura. Ini benar-benar satu pengalaman yang kami tidak pernah bayangkan,” kata Haramain.

Apabila ditanya apakah reaksi keluarga dan saudara-mara mendapat tahu mereka akan menjadi salah satu aksi di acara NDP 2023, pasangan itu menjawab:

“Keluarga kami semua ghairah dan gembira untuk kami. Hari Kebangsaan Singapura adalah juga apabila keluarga kami akan berhimpun dan meluangkan masa bersama dan selepas itu menyaksikan bunga api. Tahun ini, mereka semua telah menantikan persembahan kami dan mereka sangat bangga akan persembahan kami.”

Lagu ‘Oh Kawan’ boleh didengar di Spotify dan YouTube.

“Kami harap lebih ramai orang nikmati lagu-lagu kami dan mungkin dapat gunakan sebagai lagu latar bagi video-video mereka di media sosial,” tambah Haramain.

“Muzik adalah satu wadah yang sangat berkuasa. Kami sentiasa ingin bidang muzik Melayu berkembang dan maju. Kami harap masyarakat kami dapat bersatu dan menyokong muzik Melayu dan bangkit bersama,” tambah Judah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >