Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persembahan solo Iman Fandi pukau penonton

Apabila matahari terbenam pada Rabu, warga Singapura disajikan pertunjukan warna-warni dipenuhi nanyian, tarian dan bunga api di Padang. Segmen pertunjukan Perbarisan Hari Kebangsaan 2023 memaparkan beberapa tokoh berinspirasi dari masyarakat kami serta persembahan menusuk kalbu yang bermatlamat memberi inspirasi kepada kita. BERITA HARIAN menawarkan sajian khas dua tokoh yang dicontohi semasa NDP serta gambar-gambar segmen pertunjukan yang dijayakan 2,400 pada malam Rabu.
Aug 10, 2023 | 05:30 AM



Segmen persembahan solo oleh penyanyi muda, Iman Fandi, yang julung-julung kali menyertai persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang diadakan di Padang tahun ini, menarik perhatian ramai.

Satu-satunya anak perempuan pemain bola sepak legenda Singapura, Fandi Ahmad, kini mula mengukir nama untuk dirinya sendiri dan telah mewakili Singapura dengan caranya yang tersendiri.

Menyanyikan lagu klasik Melayu Singapura, Bunga Sayang, yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Iman teruja dan berbesar hati diberikan peluang mendendangkan lagu itu secara solo, selain penglibatannya dalam nyanyian lagu tema NDP 2023, Shine Your Light (Sinarkan Cahayamu).


“Ini adalah persembahan skala terbesar yang pernah saya lakukan. Saya amat teruja kerana dapat menyanyi depan khalayak penonton yang sangat ramai secara fizikal dan juga akan disiarkan dalam talian dan juga televisyen. Ini benar-benar satu peluang keemasan dalam kehidupan saya,” luah Iman yang ditemui selepas persembahannya itu.

“Sejujurnya saya lega apabila mendapat tahu bahawa lagu Bunga Sayang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Ini membolehkan lagu susunan Dick Lee bukan hanya dinikmati, tetapi difahami lebih ramai orang.


“Lagu itu sebenarnya sukar untuk saya nyanyikan kerana nada lagu di beberapa segmen lebih tinggi daripada biasa. Ini mendorong saya mengasah dan meningkatkan kemahiran sebagai seorang penyanyi,” ujar Iman, 23 tahun, yang telah berkecimpung dalam bidang muzik sejak 2020.

Dalam persembahan itu, Iman juga dilihat memperagakan pakaian berwarna merah. Persembahannya juga unik, dijayakan di atas platform yang telah dinaikkan setinggi tujuh hingga 10 meter ke udara.

Pakaiannya ‘berekor’ panjang dan kelihatan beralun apabila ditiup angin sepoi-sepoi semasa persembahannya.

“Ekornya itu dibuat daripada kain sifon, agar ia ringan untuk ditiup ikut angin. Saya tak beberapa pasti kepanjangan pakaian ini tetapi inilah pakaian terpanjang saya pernah peragakan, hingga ia perlukan dua orang untuk bantu saya angkat di sebalik tabir,” seloroh Iman, yang juga merupakan seorang model dan pempengaruh.

“Saya juga harus perhatikan di mana arah tiupan angin apabila di platform, supaya kain sifon itu dapat berkibar di belakang. Ini mengambil masa dan juga beberapa percubaan untuk memastikan saya faham dan selesa bagaimana untuk menggayakan pakaian itu,” cerita Iman tentang sebahagian cabaran yang dihadapi bagi persembahannya.

Selain persembahan solonya, Iman juga terlibat dengan lagu tema NDP dan beliau mempunyai segmennya bersama penyanyi rap setempat, Lineath, di hujung lagu.

“Saya amat berbesar hati dan sungguh ghairah pada awalnya dan tidak percaya bahawa peluang ini telah diberikan kepada saya. Saya masih ingat lagi pada awal tahun ini apabila saya menerima mesej daripada Shigga Shay dan kemudian berjumpa bersama pengarah muzik NDP, Encik Don Richmond, untuk memuktamadkan butiran-butiran lanjut,” kongsi anak ketiga lima adik beradik itu.

Bait yang dinyanyikan dalam lagu itu juga mempunyai rentak yang lebih perlahan dan tenang berbanding bahagian lagu yang lain.

“Bahagian yang diberikan kepada saya untuk menyanyi sangat serasi dengan saya, ia menenangkan dan memberi pengalaman manis.

“Lagu ini juga menggalak orang ramai agar mempunyai impian yang besar, bulatkan tekad dan usaha untuk mencapai matlamat mereka. Setiap individu boleh mengambil risiko untuk mencapai impian masing-masing. Kalaupun ia tidak tercapai, anda tahu bahawa anda telah mencubanya dan bukan hanya asyik memikirkannya,” ulas Iman yang mengaitkan mesej itu dengan dirinya sendiri yang telah mengejar impiannya untuk berkecimpung dalam bidang muzik.

“NDP tahun ini bukan sahaja meraikan kemerdekaan Singapura. Bahkan, selaras dengan tema NDP, Sinarkan Cahayamu, serta bakat dan semangat anda untuk kecapi impian, matlamat dan cita-cita anda,” tambah Iman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >