Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

For Tues 8 August

Nyalakan cita-cita mesej vokalis kumpulan rok dalam filem NDP

Aug 08, 2023 | 05:30 AM



Menyanyikan lagu Hari Kebangsaan di dewan sekolah sambil mencipta alat muzik ‘shaker’ sendiri telah mencetuskan impiannya untuk terlibat dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

“Saat saya menyanyikan lagu itu di dewan sekolah, ia seolah-olah saya membuat persembahan untuk NDP. Akhirnya impian itu sudah menjadi kenyataan dan diri saya yang ‘kecil’ ini tentu sekali terharu dan syukur dengan peluang ini,” luah pemain bes dan vokalis utama dari kumpulan rok tempatan 53A, Bani Hidir.

Kumpulan 53A ialah antara sekumpulan artis dan bakat muda Singapura yang menyanyikan lagu tema NDP 2023 di Padang pada 9 Ogos.

Lagu berjudul Shine Your Light (Sinarkan Cahayamu) itu menggabungkan unsur rok, hip hop dan R&B dan dijayakan juga dengan The Island Voices serta lima penyanyi, termasuk penyanyi Iman Fandi.


Bani, 35 tahun, pada mulanya hanya terlibat di belakang tabir bagi NDP pada 2015.

Ketika itu, beliau yang bersama kumpulan rok 53A sejak 2006, memainkan gitar dan dram untuk rakaman lagu untuk NDP bersama pengarah muzik, Dr Sydney Tan. Beliau juga telah bekerjasama dengan komposer terkenal, Don Richmond.

“Bagi pemuzik seperti saya, ia sangat menggembirakan dapat bekerja dengan pengarah muzik yang mahir dalam proses menghasilkan lagu dan sentiasa berkongsi ilmu demi memperbaiki diri,” tambahnya.

Kali ini, selain membuat persembahan dengan kumpulan 53A di NDP, Bani turut diketengahkan dalam filem NDP, yang memaparkan kisahnya sebagai pemuzik dan usahanya demi mencapai impian.

“Makna di sebalik filem itu yang ingin saya gambarkan ialah dalam setiap jenis kerjaya, kita semua berusaha keras dan ada kalanya kerja kita tidak akan diiktiraf.

“Justeru, ini juga sebagai peringatan untuk semua warga Singapura agar sentiasa ingat makna di sebalik perjuangan dalam mencapai cita-cita dan supaya terus menyalakan semangat ini,” tambahnya.

Menurut Bani, kumpulan rok 53A mula membuat persembahan di NDP pada 2016 dengan menyanyikan lagu tema berjudul ‘Tomorrow’s Here Today’ yang digubah komposer Richmond.

“Sejak penampilan kami pada 2016, kami mula ditegur apabila berjalan-jalan di luar. Saya masih ingat seorang mak cik mengenali saya selepas melihat persembahan dan saat itu tentu sekali amat mengharukan bagi saya.”

Semangat perpaduan dan berbilang bangsa juga dilihat dalam kumpulan 53A.

“Dalam kumpulan ini tentu sekali mencerminkan berbilang bangsa Singapura dari kaum Cina, Melayu dan India,” kata beliau.

53A menampilkan vokalis dan isteri Bani, Sara Wee; pemain gitar utama Amir Shazwan, pemain dram Helman Kamal dan pemain keyboard Lisa Haryono.

“Walaupun hidup kami berbeza dan membesar dengan budaya dan kepercayaan yang berlainan, kami amat menyayangi satu sama lain dan kami senang menghubung melalui cinta kita yang sama terhadap muzik,” kata Bani.

Namun, tidak pernah terlintas bagi Bani untuk membawa kumpulan itu ke pentas global kerana seperti peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

“Semasa saya lebih muda saya mempunyai niat untuk bermain muzik di tempat lain kerana peluang di sana lebih luas. Namun, kini saya bersama kumpulan 53A amat gembira di mana kita berada dan lebih suka untuk memperjuangkan seni muzik di Singapura.”

Apabila ditanyakan tentang harapannya untuk negara yang majmuk ini, Bani ingin masyarakat ini untuk saling membantu satu sama lain tidak kira agama dan bangsa supaya sama-sama maju dan makmur bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >