Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,000 bakat teknologi Taman Digital Nongsa sokong 250 syarikat di S’pura

Nov 22, 2023 | 05:37 PM



Terdapat sekitar 1,000 bakat teknologi di Taman Digital Nongsa (NDP) – sebuah projek komersial di Batam yang menarik dan menempatkan bakat sedemikian untuk menyokong keperluan syarikat di Singapura dan Asia Tenggara – yang kini berkhidmat untuk kira-kira 250 syarikat yang berpangkalan di Singapura.

Ini termasuk syarikat berbilang negara (MNC), syarikat kecil dan sederhana (SME) dan syarikat pemula atau start-up dari industri seperti kewangan, media digital dan kreatif, dan kejuruteraan sofwe, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, di Parlimen pada Rabu.


Cik Low berkata demikian ketika menjawab soalan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) mengenai butiran terkini tentang kerjasama digital antara Singapura dengan Indonesia melalui NDP.

NDP, yang dilancarkan pada 2018, merupakan jambatan digital Singapura kepada ekonomi digital Indonesia, kata Cik Low.

Dengan jarak dekat Batam, Bintan dan Karimun (dipanggil kawasan BBK) dan status taman itu sebagai Zon Ekonomi Khas (SEZ), dua faktor utama itu menawarkan syarikat yang berpangkalan di Singapura kelebihan untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan dalam ekonomi digital Indonesia yang semakin berkembang, tambah beliau.

“Pemain Pusat Data (DC) berpangkalan di Singapura seperti Princeton Digital Group, GDS Holdings dan Gaw Capital, juga telah mengumumkan pelaburan DC di NDP untuk berkhidmat kepada Asia Tenggara.

“Projek sedemikian menyokong ekonomi digital Singapura dan Indonesia serta mewujudkan pekerjaan untuk kedua-dua negara,” kata Cik Low.

Menjawab soalan susulan mengenai perkembangan Bandar Digital Nongsa yang dilancarkan di bawah NDP sekitar dua tahun lalu, Cik Low berkata bandar itu akan menempatkan tambahan 8,000 bakat teknologi yang akan terus berkhidmat untuk syarikat yang berpangkalan di Singapura apabila siap dibina nanti.

Direka oleh Surbana Jurong dan dibangunkan oleh PT Citra Sinar Global – usaha sama antara Citramas Group dengan Sinar Mas Land – kawasan pusat bandar baru seluas 62 hektar itu akan merangkumi ruang kerja bersama dan ruang hidup bersama, di samping pusat latihan digital, menara pejabat, pusat gaya hidup dan pusat beli-belah serta hotel.

Terdapat juga satu pembangunan menarik dipanggil The Hive, bakal siap dibina pada separuh kedua 2024, yang akan menampilkan pembangunan gabungan kedai makanan dan minuman (F&B), ruang kerja bersama dan juga ruang masyarakat, kata Cik Low.

“Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan agensi ekonomi kami akan bekerja rapat dengan rakan-rakan kami di Indonesia serta pihak berkepentingan industri untuk terus memperluaskan kerjasama antara syarikat berpangkalan di Singapura dan kawasan BBK.

“Kami akan melakukan demikian dengan memanfaatkan kekuatan saling melengkapi Singapura dan kawasan BBK, kedekatan jarak mereka, dan juga mengenal pasti peluang yang saling memberi manfaat kepada satu sama lain dalam ekonomi digital Indonesia,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >