Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

1.5j warga S’pura terima sehingga $700 pada Ogos bantu kos sara hidup

Jul 04, 2023 | 06:29 PM



Kira-kira 1.5 juta warga Singapura akan menerima wang tunai sehingga $700 pada Ogos untuk membantu dalam perbelanjaan hidup mereka di bawah skim yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam ucapan Belanjawannya pada Februari.

Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan pada Selasa bahawa warga yang layak akan menerima tambahan $300 daripada bayaran tunai skim Baucar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GSTV) pada 2023.

Tidak seperti pada 2022, apabila rakyat Singapura menerima sehingga $700 secara tunai melalui dua pembayaran – termasuk GSTV-Bayaran Khas Tunai – akan terdapat hanya satu pembayaran pada 2023.

Kira-kira 624,000 rakyat Singapura berumur 65 tahun dan ke atas juga akan menerima sehingga $450 yang akan dikreditkan ke akaun MediSave Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka sebagai sebahagian daripada skim GSTV.

Mereka yang lahir pada atau sebelum 31 Disember 1969 dan tidak menerima faedah Generasi Perintis atau Merdeka juga akan mendapat $100 yang akan dikreditkan ke akaun MediSave mereka pada akhir Ogos.

MOF berkata pembayaran itu adalah “sebahagian daripada sokongan berterusan pemerintah kepada rakyat Singapura yang berpendapatan rendah hingga sederhana dan warga emas, untuk membantu membiayai kos GST dan perbelanjaan sara hidup mereka”.

Ia menambah bahawa mereka yang layak akan menerima dua GSTV-U-Save dan GSTV-Rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC), serta pembayaran melalui Pakej Jaminan.

Pembayaran itu merangkumi baucar Majlis Pembangunan Masyarakat, tokokan ke Edusave atau Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) yang dibuat awal tahun ini, serta jumlah yang dikreditkan ke akaun MediSave dan juga diberikan kepada warga emas yang layak berumur 55 tahun atau lebih tua, dan warga Singapura yang layak berumur 21 tahun atau lebih tua.

“Rakyat Singapura dan isi rumah mereka boleh menjangka sokongan lanjut dalam bentuk tokokan kepada Akaun Pembangunan Anak (CDA), rebat U-Save dan S&CC, dan Pakej Jaminan Wang Tunai pada separuh kedua 2023,” tambah MOF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >