Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

196 pertubuhan, individu diiktiraf di majlis Dana Masyarakat

Oct 26, 2023 | 04:49 PM



Sejumlah 196 pertubuhan dan individu telah diiktiraf atas pelbagai usaha amal mereka dalam satu majlis penyampaian Anugerah Dana Masyarakat yang diadakan di Istana pada Rabu.

Usaha amal yang pelbagai itu termasuklah sumbangan derma, kegiatan sukarelawan dan amalan pengambilan pekerja yang inklusif.

Majlis anugerah itu dihadiri oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam, isterinya, Cik Jane Ittogi, dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua, lapor The Straits Times.


Semua sumbangan kepada Dana Masyarakat dimanfaatkan untuk membantu lebih 200 perkhidmatan sosial kritikal dan 93,000 individu yang memerlukan, kata satu kenyataan Dana Masyarakat yang merupakan cabang pengumpulan dana di bawah Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).

Ini termasuk kanak-kanak berkeperluan khas dan belia berisiko, orang dewasa kurang upaya, mereka yang mengalami masalah kesihatan mental, di samping keluarga serta warga emas yang memerlukan bantuan, tambahnya.

Di majlis itu, SP Group menerima anugerah tertinggi, iaitu Anugerah Pinnacle, atas pelbagai usaha amalnya.


Encik Tharman turut menyampaikan plak kepada penerima Anugerah Pinnacle, yang diwakili Ketua Eksekutif Kumpulan dan Pengarah SP Group, Encik Stanley Huang.


Firma utiliti itu memulakan kerjasama dengan Dana Masyarakat pada 2005 dengan penubuhan Dana SP Heartware, yang mengumpul dana bagi pelbagai program untuk membantu golongan lemah dalam masyarakat.

Kumpulan itu juga membolehkan pelanggan dan rakan perniagaannya menyumbang kepada Dana Masyarakat melalui aplikasi SP.

Selain itu, ia juga menyediakan latihan amali, atau ‘internship’, dan peluang pekerjaan kepada pelajar atau orang dewasa berkeperluan khas di bawah satu program khas bagi membantu golongan autistik dengan kerjasama Trampolen, sebuah pertubuhan bukan meraih keuntungan.

Ketua Komunikasi SP Group, Cik Amelia Champion, berkata amat penting tempat kerja menjadi cukup selesa untuk pekerja pelbagai keupayaan, termasuk golongan kurang upaya.

“Kerjasama ini membolehkan kami mengambil langkah pertama untuk memahami bagaimana tempat kerja kami boleh menjadi lebih sesuai dan mesra untuk mereka,” jelasnya.

Selain Anugerah Pinnacle, syarikat itu juga menerima anugerah Platinum Amal (Charity Platinum), Pemudah (Enabler), dan Rakan Kongsi Sukarelawan (Volunteer Partner) atas sumbangannya melalui derma, kegiatan sukarelawan dan pelbagai bentuk bantuan lain.


Encik Huang berkata SP Group komited untuk menyumbang hampir $5 juta sebagai sumbangan kedermawanan dan memperbaiki lagi program mendekati sukarelawannya pada 2023.

Usaha itu menyusuli sejumlah $5.1 juta yang diagihkan syarikat itu sepanjang dua tahun lalu melalui Dana Masyarakat.

Syarikat insurans Sun Life Singapore juga diiktiraf sebagai Rakan Perintis Perubahan (Pioneer Partner of Change), yang menghargai syarikat yang menjadi sebahagian daripada inisiatif ‘Berubah untuk Amal’ Dana Masyarakat.


Syarikat itu mendermakan 0.5 peratus daripada premium yang diterima bagi salah satu pelan insurans hayatnya.

Kerani sambilan, Cik Lim Kim Lan, 60 tahun, merupakan salah seorang daripada mereka yang diiktiraf sebagai penderma lama Dana Masyarakat.

Cik Lim memutuskan untuk menderma beberapa dolar daripada gajinya setiap bulan kepada Dana Masyarakat sejak 1984, ketika beliau berusia 21 tahun dan bekerja sebagai kerani kilang.

Sejak itu, beliau terus menderma sejumlah kecil wang setiap bulan kerana percaya usahanya menyumbang kepada manfaat lebih besar kepada masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >