Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 lelaki masuk parit selamatkan kucing ketika air pasang

Dec 01, 2023 | 06:56 PM



Di kala air parit mula pasang disebabkan hujan lebat, dua lelaki nekad menakik turun sebuah parit untuk menyelamatkan seekor kucing daripada lemas.

Dalam satu video Tiktok yang dimuat naik pengguna zulawab pada 30 November, dua lelaki itu merupakan pakar akses tali daripada syarikat Savage Access Pte Ltd.


Mereka dilihat membuat persiapan dalam keadaan basah kuyup untuk menakik turun ke dalam parit tersebut.

Berkongsi kepada Berita Harian (BH), pengguna tersebut, Encik Zulkifli Awab, berkata beliau baru sahaja selesai berlari-lari anak di taman Bedok Reservoir dan melalui parit tersebut – di penghubung taman menghala Bartley – apabila melihat seekor kucing berada dalam parit itu.


“(Ada kucing) dalam sana. Hari hujan. Macam mana ni?,” jelas beliau dalam video itu.

Pengarah teknikal berusia 48 tahun itu menambah beliau melalui kawasan parit itu sekitar 5.30 petang dan hujan mula renyai.

Beliau mendakwa menggunakan payung yang diikat kepada tali terlebih dahulu untuk cuba membawa naik kucing tersebut tetapi ia tidak berhasil.

Beliau kemudian menghubungi rakannya yang juga pemilik syarikat Savage Access Pte Ltd – penyedia perkhidmatan tali-menali (rigging) – Encik Syafiq Faiqsyazwi, untuk segera ke lokasi.

Ketika dihubungi BH, Encik Syafiq berkongsi beliau baru sahaja habis bekerja di Sungei Kadut apabila mendapat panggilan daripada Encik Zulkifli yang meminta bantuan.

“Tanpa fikir dua kali, saya terus pecut ke lokasi. Pada waktu itu saya tak bawa banyak peralatan dengan saya,” jelasnya, yang sudah berkecimpung dalam bidang tersebut selama 12 tahun.

Beliau menambah mujur pekerjanya, Encik Muhammad Ali, sudah tiba di lokasi dan ada peralatan – seperti abah-abah dan tali – yang diperlukan.

Operasi menyelamat itu bermula sekitar 7 petang dan pada waktu itu, hujan semakin lebat dengan air berada di paras atas buku lali apabila beliau turun ke dalam parit, kata Encik Syafiq.

“Saya dan seorang lagi rakan kerja cuba tenangkan kuncing itu tetapi kami berhadapan sedikit masalah apabila kucing itu berlari masuk ke dalam salah satu terowong.

“Saya merangkak masuk ke dalam terowong lebih kurang 20 meter dalam keadaan gelap dan berjaya tangkap kucing lalu memasukannya ke dalam sangkar,” tambah beliau.

Seluruh proses menyelamat itu mengambil sekitar 20 minit dan berakhir sekitar 7.30 malam, ujarnya.

Dalam satu respons kepada BH pda 1 Disember, Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) mengesahkan ia dimaklumkan berkenaan kucing yang terperangkap di dalam parit Bedok Reservoir pada 30 November.

Pengarah Kumpulan AVS, Dr Chang Siow Foong, berkata: “Kucing itu diselamatkan orang awam dan telah diserahkan kepada AVS apabila kontraktor kami tiba di lokasi.”

Kucing itu kini berada di bawah jagaan AVS dan keadaannya semakin pulih selepas dinilai doktor haiwan, tambah beliau.




@zulawab

WATCH TILL THE END. The cat was in the drainage for f*cking 3 days as i was told by a lady that called @Singapore Civil Defence Force and they diverted to @National Parks Board Singapore Singapore.. 3 Bloody days… Thank you Fiq and Mohammed from Team Savage Rigging for coming down from Sungai Kadut to Bedok Reservoir.. Respect to you both.#catrescue

♬ original sound - zulawab - zulawab

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >