Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 lelaki ditahan elak cukai dan GST, rokok dirampas

Jul 11, 2023 | 04:52 PM



Tiga lelaki, berusia antara 19 dengan 23 tahun, ditangkap pada Rabu kerana disyaki mengelak pembayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bernilai $539,910.

Sebanyak 5,044 karton rokok yang tidak dibayar cukai juga dirampas semasa operasi itu kata, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan bersama pada Selasa.

Semasa operasi itu, pegawai kastam memantau satu unit dalam bangunan perindustrian di Ubi Crescent yang disyaki digunakan untuk menyimpan rokok tanpa cukai.

Apabila seorang lelaki dilihat memasuki unit itu, para pegawai bertindak melakukan pemeriksaan.

Pegawai kastam telah menemui 2,040 karton rokok tidak dibayar cukai yang dibungkus dalam kotak coklat serta 3,004 karton rokok tidak dibayar cukai disembunyikan di dalam katil sofa.

Lelaki itu dan dua lelaki lain dalam unit kemudian ditahan.

Jumlah duti dan GST yang dielakkan masing-masing berjumlah $495,321 dan $44,589.

Prosiding mahkamah sedang dijalankan terhadap tiga lelaki ini.

Mereka yang didapati bersalah membeli, menjual, mengirim, menghantar, menyimpan, memiliki atau menguruskan barang tidak dibayar cukai boleh didenda sehingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang dielak dan/atau dipenjara sehingga enam tahun.

“ICA akan terus melakukan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melindungi sempadan darat, udara dan laut kita daripada jenayah dan ancaman keselamatan, termasuk kegiatan penyeludupan dan gagal mematuhi peraturan kita,” kata ICA dan Kastam Singapura.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan boleh menghubungi talian Kastam Singapura di 1800-233-0000 atau e-mel customs_intelligence@customs.gov.sg untuk melaporkan aktiviti haram itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >