Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gagal lapor ubah alamat rumah: Warga S’pura didenda $3,700

Jul 04, 2023 | 06:06 PM



Seorang warga Singapura, Muhammad Taufiq Hidayat Kamsin, didenda $3,700 pada Selasa kerana gagal melaporkan perubahan alamat kediaman, satu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Nasional.

Jika gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara 10 hari.

Pada 1 April 2022, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) memaklumkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bahawa Taufiq, 35 tahun, gagal melaporkan perubahan alamat kediaman.

Pegawai polis bantuan yang dikerah URA melawat tempat kediaman yang didaftar Taufiq untuk melaksanakan waran tangkap tertunggak.

Namun, ia telah dimaklumkan oleh pemilik rumah bahawa Taufiq tidak lagi menetap di unit tersebut.

Menurut kenyataan ICA, pemilik rumah itu memaklumkan kepada pegawai bahawa beliau tidak membenarkan Taufiq menggunakan alamatnya sebagai tempat kediaman yang didaftar.

“ICA cuba menghubungi Taufiq tetapi dia kekal tidak boleh dihubungi,” kata ICA.

Pada masa yang sama, Taufiq juga mempunyai warta Polis tertunggak yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang, termasuk waran tangkap.

Pada Mac 2023, Taufiq menyerah diri di ibu pejabat Polis Trafik (TP) untuk menyelesaikan masalah tertunggaknya dengan agensi itu.

ICA kemudian melakukan siasatan dan mendapati bahawa Taufiq telah berpindah dari kediamannya di Canberra pada Disember 2021.

Namun, dia tidak melaporkan perubahan tempat kediamannya dalam tempoh 28 hari kepada ICA, kerana dia mempunyai urusan tertunggak dengan beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang ketika itu dan mahu mengelak pihak berkuasa, termasuk TP dan ICA.

Di bawah Akta Pendaftaran Nasional, semua pemegang kad pengenalan (IC) yang bertukar tempat kediaman mesti melaporkan perubahan itu kepada ICA dalam tempoh 28 hari.

“ICA mengambil pendirian tegas terhadap mana-mana orang yang gagal mematuhi Akta Pendaftaran Nasional dan Peraturannya.

“ICA juga ingin mengingatkan semua warga Singapura dan penduduk tetap bahawa langkah mengemas kini alamat kediaman mereka bersama ICA merupakan tanggungjawab mereka,” menurut kenyataan itu.

Individu yang gagal melaporkan perubahan alamat kediaman boleh didenda hingga $5,000 atau dipenjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Warga Singapura dan penduduk tetap yang perlu melaporkan perubahan alamat kediaman boleh berbuat demikian dalam talian melalui laman e-Service ICA di https://go.gov.sg/ic-address.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >