Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

32 soalan kes ubah wang haram dijawab dalam kenyataan menteri pada Okt

Sep 18, 2023 | 07:10 PM



Sebanyak 32 soalan mengenai kes pengubahan wang haram bernilai $1.8 bilion yang dikemukakan di Parlimen pada Isnin akan ditangguhkan, dan dijawab dalam satu kenyataan menteri Oktober ini.

Semua soalan itu seharusnya dijawab pada Isnin, menurut laporan The Straits Times.


Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, memberitahu Parlimen bahawa ramai Anggota Parlimen (AP) memfailkan soalan mengenai operasi antipengubahan wang haram oleh polis dan mengenai rangka kerja antipengubahan wang haram Singapura.

Beliau berkata semua soalan itu melibatkan pelbagai isu di beberapa kementerian.

Beliau memohon kebenaran Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, bagi membolehkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), bersama kementerian lain, menjawab pertanyaan secara menyeluruh dalam satu kenyataan menteri pada Oktober.

Sebanyak 32 soalan akan dijawab secara lisan dan 11 lagi secara bertulis.

Mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Zulkifli Baharudin, memberitahu The Straits Times bahawa penangguhan serupa itu jarang berlaku.


Kenyataan menteri akan membolehkan semua soalan itu ditangani secara menyeluruh, katanya.

Encik Zulkifli, NMP dari 1997 hingga 2001, menambah:

“Ia adalah satu langkah yang baik oleh kementerian kerana kes ini mempunyai implikasi luas.”

Menurutnya, pemerintah perlu menjawab semua soalan itu dengan berhati-hati dalam menangani pelbagai isu yang ditimbulkan.

Pelbagai soalan daripada AP itu menyusuli penahanan 10 warga asing – sembilan lelaki dan seorang wanita yang didakwa pada 16 Ogos atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahan wang haram, pemalsuan dan menentang penangkapan.

Mereka yang ditangkap berusia antara 31 dengan 44 tahun, berasal dari China tetapi menjadi warga pelbagai negara.

Polis telah mengeluarkan perintah larangan pelupusan bagi 105 hartanah, dianggarkan bernilai $831 juta, berhubung kes itu. Ini termasuk tujuh banglo berkembar di Sentosa Cove dan 79 unit kondominium.

Anggota Parlimen ingin tahu apakah langkah Singapura untuk mengesan dan mencegah pengubahan wang haram.

Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) bertanya bagaimana pemerintah akan menggiatkan pemeriksaan ke atas mereka yang berasal dari negara yang menawarkan “pasport emas” berisiko tinggi dan jika undang-undang antipengubahan wang haram perlu diperketatkan.

‘Pasport emas’ diberikan oleh negara, termasuk Vanuatu dan Turkey, kepada individu yang membuat pelaburan atau derma besar.

Dua daripada tertuduh – Su Jianfeng, 35, adalah warga Vanuatu, manakala Vang Shuiming, 42, warga Turkey.

Encik Patrick Tay (SMC Pioneer) ingin tahu apa lagi yang boleh dilakukan untuk mencegah individu dengan identiti palsu atau mereka yang berniat menjalankan jenayah rentas sempadan daripada mendapatkan pekerjaan atau pas tanggungan.

Dua daripada tertuduh – warga China, Zhang Ruijin, 44 tahun; dan kekasihnya, Lin Baoying, 43 tahun, tinggal di sebuah banglo di Pearl Island, Sentosa Cove.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >