Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengubahan wang haram tidak akan diterima di S’pura: Shanmugam

Aug 23, 2023 | 06:15 PM



Aktiviti haram seperti pengubahan wang haram tidak akan diterima di Singapura, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Mengulas mengenai kes pengubahan wang haram bernilai $1 bilion baru-baru ini, Encik Shanmugam berkata kepada Berita Harian bahawa Singapura memegang standard antarabangsa yang tinggi dalam sektor perkhidmatan kewangan.


Menurutnya, sektor ini membentuk sebanyak 14 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP). Oleh itu, beliau menambah bahawa ia penting untuk memastikan sektor perkhidmatan kewangan Singapura bertaraf dunia.

“Ia (sektor perkhidmatan kewangan) membentuk 14 peratus daripada GDP dan 200,000 orang yang bekerja dalam sektor ini.

“Kami ingin memastikan bahawa sektor perkhidmatan kewangan kami adalah bertaraf dunia, baik dan kuat kerana ia melibatkan pekerjaan,” jelasnya.

Seramai 10 warga asing dari beberapa negara termasuk China, Turkey dan Kemboja didakwa di mahkamah pada 16 Ogos atas penglibatan mereka dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk pemalsuan, pengubahan wang haram dan menentang penahanan.

Warga asing berusia antara 31 tahun dengan 44 tahun itu ditahan pada pagi Selasa menyusuli serbuan di serata Singapura oleh sekitar 400 anggota dan pegawai penguatkuasaan.

Mereka dipercayai saling berhubungan antara satu sama lain, dan tiada seorang pun merupakan warga Singapura atau penduduk tetap (PR).

“Apabila ada orang yang melakukan perkara haram, seperti jika anda menjalankan operasi perjudian haram di luar Singapura, dan anda membawa masuk wang itu dan mengubahnya di sini, kami tidak boleh dan tidak akan menerima perkara seperti itu.”

Walaupun tidak dapat memberikan keterangan lebih lanjut tentang kes tersebut, Encik Shanmugam berkata siasatan telah dijalankan selama beberapa bulan dan telah dipantau dengan teliti.

“Siasatan telah berjalan selama berbulan-bulan dan kami melihatnya dengan teliti, kami telah melihat perkara ini selama berbulan-bulan dan kami memutuskan untuk bertindak, dan kami akan tegas dengan jenis tingkah laku tertentu.

“Apabila faktanya keluar, anda akan tahu jenis tingkah laku tersebut,” kata Encik Shanmugam.

Menurut laporan The Straits Times, beberapa warga asing yang ditangkap itu dipercayai berkaitan dengan individu yang disiasat di China kerana aktiviti perjudian haram.


Vang Shuiming, yang menghadapi pertuduhan pemalsuan di sini, dikatakan sekutu lapan individu yang melarikan diri daripada pihak berkuasa di China, yang telah membongkar sindiket perjudian haram pada Mei 2022.

Vang, yang juga dikenali sebagai Wang Shuiming, adalah warga Turkey berusia 42 tahun.

Individu kedua yang ditahan di sini – Wang Baosen, 31 tahun – didakwa mempunyai kaitan dengan Wang Bingang, 34 tahun, dan Wang Cailin, 36 tahun.

Menurut laporan media, tiga warga China itu telah disiasat oleh pihak berkuasa China atas peranan mereka dalam mengendalikan tapak perjudian haram.

Baosen, yang ditahan reman di sini dan menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram, dikatakan menganggotai kumpulan yang sama dengan Bingang dan Cailin yang mengendali laman web perjudian.


Tiga lagi suspek di sini menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram masing-masing – warga Cyprus Wang Dehai, 34 tahun; warga Vanuatu, Su Jianfeng, 35 tahun; dan warga Kemboja, Su Wenqiang, 31 tahun – didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan perjudian lain di China.


Menurut laporan media, mereka dikenali sebagai sekutu Su Yongcan, 32 tahun, dan Wang Huoqiang, 29 tahun, yang dilaporkan telah melarikan diri pada 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >