Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 orang diberkas, disyaki ubah wang haram hasil penipuan cinta

Sep 23, 2023 | 04:14 PM



Empat individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket berkaitan penipuan cinta telah ditangkap pada Jumaat atas dakwaan pengubahan wang haram.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu, dua lelaki dan dua wanita, berusia antara 32 hingga 51 tahun, didakwa telah mengubah wang haram daripada hasil jenayah mangsa penipuan.

Menurut pihak polis, penangkapan itu telah mencegah kerugian kewangan selanjutnya, sebanyak sekurang-kurangnya $115,000 daripada seorang mangsa.

Penangkapan keempat-empat individu itu adalah hasil daripada siasatan selepas anggota sindiket lain ditangkap. 

Pihak polis menyatakan bahawa sindiket tersebut melakukan jenayah dan penipuan, dan kerugian mangsa mereka mencapai sekurang-kurangnya $370,000 antara Ogos dengan September 2023.

Dua lagi anggota sindiket lain, seorang lelaki berusia 41 tahun dan seorang lelaki berusia 58 tahun, didakwa di mahkamah pada September.

Tiga ahli sindiket lain, seorang lelaki dan dua wanita, berusia antara 36 dengan 40 tahun, telah ditangkap pada September dan sedang membantu dalam siasatan.

Pihak polis juga telah merampas daripada sindiket itu – wang tunai sebanyak $80,600, peranti elektronik, dan bahan-bahan yang digunakan dalam melakukan jenayah.

Lelaki berusia 51 tahun dan wanita berusia 50 tahun akan didakwa di mahkamah pada Sabtu atas tuduhan pengubahan wang haram.

Kesalahan itu boleh dihukum dengan denda tidak melebihi $500,000, hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya.

Menurut statistik penipuan separuh tahun 2023 oleh polis, terdapat 22,339 kes penipuan dilaporkan dari Januari hingga Jun 2023, meningkat sebanyak 64.5 peratus daripada 13,576 kes pada tempoh yang sama pada 2022.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan kerugian mangsa pada separuh pertama tahun 2023 turun sedikit kepada $334.5 juta, berbanding 342.1 juta pada tempoh yang sama pada 2022.

Mangsa penipuan di Singapura telah kehilangan sejumlah $660.7 juta pada tahun 2022, meningkat daripada $632 juta pada tahun 2021.

Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah berwaspada berikut:


1. Berhati-hati ketika berkenalan dengan orang tidak dikenali dalam talian.


2. Jangan menghantar wang kepada orang tidak dikenali atau tidak pernah dijumpa secara peribadi.


3. Jangan berkongsi butiran perbankan dalam talian atau kata laluan satu kali.


4. Tolak permintaan untuk menggunakan akaun bank peribadi anda bagi menerima dan menghantar wang bagi pihak orang lain.


Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan, sila layari www.scamalert.sg atau hubungi 1800-722-6688.


Jika anda mempunyai maklumat mengenai jenayah seperti ini atau jika anda meragui sesuatu, sila hubungi talian kecemasan polis di 1800-255-0000, atau hantar maklumat secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >