Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

413 syarikat dengan lebih $500j dalam ekuiti pemilik saham: DPM Wong

Jul 05, 2023 | 07:41 PM



Terdapat 413 syarikat dengan lebih $500 juta dalam ekuiti pemilik saham.

Sekitar dua daripada lima, atau 165 syarikat ini mempunyai ketua eksekutif atau pengarah urusan yang merupakan rakyat Singapura.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mendedahkan angka-angka tersebut sebagai respons kepada satu soalan daripada Anggota Parlimen (AP) Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, pada Selasa.

Dalam soalan Parlimen bertulis, setiausaha agung Parti Kemajuan Singapura (PSP) itu bertanya pada 31 Disember 2022, tentang jumlah syarikat berdaftar dengan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) dengan lebih daripada $500 juta dalam ekuiti pemilik saham, mempunyai ketua eksekutif yang merupakan rakyat Singapura.

Di bawah keperluan yang melayakkan diri selaku calon presiden, seseorang perlu berkhidmat sebagai ketua eksekutif di sebuah syarikat untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, semasa syarikat tersebut, secara anggaran, mempunyai sekurang-kurangnya $500 juta dalam ekuiti pemilik saham dan membuat keuntungan selepas cukai menyeluruh.

Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden juga perlu berpuas hati bahawa individu tersebut mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk menjalankan fungsi dan tugasan secara berkesan semasa dalam pejabat presiden.

Bagi mereka daripada sektor awam yang ingin layakkan diri, keperluannya termasuk pernah memegang jawatan menteri, ketua hakim, Speaker Parlimen, peguam negara, pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, auditor negara, akauntan negara atau setiausaha tetap untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun.

Dalam satu jawapan berasingan pada Selasa, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata adalah tidak sesuai untuk membandingkan atau mengenakan keperluan yang sama bagi kededua sektor privet dan awam.

Beliau memberikan respons bagi pihak Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, sebagai jawapan kepada AP Parti Pekerja, Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang), tentang mengapa kriteria bagi calon sektor privet mengukur keuntungan syarikat individu, sedangkan keperluan sektor awam tidak meliputi kriteria untuk mengukur kejayaan dalam kepimpinan.

Encik Chan berkata:

“Sedang kededua laluan keperluan perkhidmatan sektor privet dan awam bertujuan mengenal pasti calon-calon dengan kemahiran dan pengalaman yang perlu bagi pejabat presiden, jenis kerja dalam sektor privet dan awam adalah berbeza.”

Kriteria kelayakan bagi bertanding dalam pilihan raya presiden dipinda pada 2017 selepas satu laporan 2016 daripada Suruhanjaya Perundangan, yang membuat saranan mengenai aspek presiden yang dipilih, termasuk kriteria kelayakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >