Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

42 tan daging korban dipesan lalui masjid diderma kepada golongan memerlukan

Jul 22, 2023 | 08:20 PM



Sekitar 42 tan daging korban, atau hampir 60 peratus jumlah daging korban yang dipesan melalui masjid tahun ini, diderma kepada golongan memerlukan, kata Pergerakan SalamSG (SSGM) yang menyelaraskan upacara korban di luar negara untuk masjid setempat.

Daging itu dikongsi dengan lebih 20,000 keluarga dan individu terdiri daripada penerima zakat, keluarga Projek Dian@M³, anggota keluarga yang dipenjara dan pekerja migran, tambahnya.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, SSGM berkata ia telah menyelesaikan pembahagian lebih 73 tan, atau 73,000 kilogram, daging korban kepada sohibul korban, atau mereka yang melaksana ibadah korban, sejak minggu pertama Julai.

Semua daging adalah daripada 5,227 ekor kambing biri-biri yang ditempah oleh sohibul korban melalui 52 masjid di bawah usaha SalamSG Korban.

Upacara korban itu diselesaikan dalam masa dua hari iaitu pada 29 dan 30 Jun di Australia, dan daging itu kemudiannya dibekukan dan diterbangkan ke Singapura untuk diagihkan.

Untuk mendekati lebih ramai benefisiari, SSGM dan masjid telah bekerja rapat dengan pelbagai pertubuhan dan agensi termasuk M³@Bandar, Projek Dian@M³, Rangkaian Sokongan Masyarakat atau Community Link (ComLink), Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Islam (MMO), dan kumpulan pekerja migran.

Menurut kenyataan itu, Pengusaha Korban Sah (AKO) telah menghantar daging kepada semua sohibul korban sejak kumpulan pertama daging korban tiba di Singapura pada 1 Julai.

Beberapa usaha pengagihan turut dijalankan oleh masjid-masjid, disokong oleh ratusan relawan masyarakat, untuk menghantar daging korban segar yang didermakan kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan.

Pada 15 Julai 2023, masjid-masjid di serata Singapura, dengan sokongan SSGM dan relawan masyarakat menyelaraskan usaha pengagihan seluruh negara untuk menghantar daging korban kepada masyarakat termasuk penerima zakat.

Pada Sabtu, masjid-masjid telah mengadakan pengagihan pusingan akhir.

Di salah satu acara itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menyertai Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, dan sekitar 50 sukarelawan untuk mengagihkan daging korban kepada penerima Projek DIAN@M³ di Eunos Crescent.

Beberapa masjid turut bekerjasama rapat dengan pengendali asrama untuk mengongsi sekitar 4,500 kilogram daging korban dengan pekerja migran sebagai tanda penghargaan masyarakat terhadap kerja keras mereka dalam membangunkan Singapura.

Dalam satu kiriman Facebook, Encik Masagos meluahkan rasa terharu melihat ramai di kalangan masyarakat Melayu/Islam di Singapura memilih untuk menjalankan ibadah korban di luar negara melalui SSGM walaupun terdapat beberapa pilihan lain untuk melaksanakan ibadah tersebut.

“SSGM merupakan satu inisiatif yang melibatkan masjid-masjid tempatan untuk menguruskan penyembelihan di Australia dan menerbangkan dagingnya ke Singapura untuk diagihkan kepada sohibul korban serta penerima lain. Saya harap lebih ramai lagi akan memilih untuk melaksanakan ibadah korban di luar negara pada tahun depan dan menyumbang kepada lebih ramai golongan yang memerlukan.,” kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >