Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibadah korban kendalian SalamSG selesai dijalankan di Australia

Jul 06, 2023 | 02:07 PM



Semua 5,227 ekor kambing yang ditempah untuk ibadah korban oleh 52 masjid di sini telah berjaya diselesaikan di Australia pada 30 Jun lalu, bersamaan Hari Tasyrik kedua (12 Zulhijah).

Menurut SalamSG Korban (SSGK), pengagihan daging korban itu akan dimulakan minggu ini.

Sebagai sebahagian daripada usaha SSGK untuk jaminan bagi mereka yang menempah kambing korban, satu pasukan yang terdiri daripada beberapa pegawai masjid telah menyaksikan upacara korban di pusat penyembelihan di Australia sepanjang tempoh Hari Raya Haji .

Di sana, mereka memerhatikan bahawa semua keperluan kawal selia, seperti membawa lesen yang sah dan pensijilan halal diluluskan oleh agensi berkaitan di Singapura dan Australia, dipenuhi oleh rumah penyembelihan yang dikendalikan oleh Pengendali Korban Sah (AKO).

Selain itu, pasukan itu juga telah memantau ibadah korban yang dijalankan pada Hari Raya Haji atau Hari Tasyrik yang jatuh pada 11, 12, 13 Zulhijah.

Menurut SalamSG, semua ibadah korban telah dijalankan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Ini termasuk memastikan ternakan itu mempunyai berat yang boleh diterima dan dalam keadaan sihat dan baik.

Mengulas tentang inisiatif korban tahun ini, Pengerusi SalamSG Korban, Ustaz Khairul Anwar Aznan, mengucapkan terima kasih atas sokongan masyarakat.

“Pemantauan kami menunjukkan bahawa Korban di luar negara dipermudahkan oleh masjid mematuhi kewajipan agama kita.

“Seperti nasihat daripada Pejabat Mufti (OOM), melakukan korban di luar negara tidak merendahkan intipati dan syiar korban dengan melakukan sohibul korban.

“Oleh itu, ibadah korban oleh masyarakat Islam Singapura di sini tidak berbeza daripada yang dijalankan di dalam negara,” katanya.

Tambahnya: “Dengan berbuat demikian, kami berharap dapat mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan mengenai sebarang kebimbangan mereka yang menempah kambing korban di sini.”

Mereka yang melakukan ibadah korban dan memilih untuk menerima daging itu akan dihubungi dan menerimanya penghantaran tersebut ke alamat rumah mereka.

Daging korban yang disumbangkan juga akan dikumpulkan dan diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan.

Ini termasuk penerima zakat, pekerja migran serta kumpulan dan keluarga lain yang memerlukan.

Menurut SSGK, dengan kerjasama masjid, mereka akan bekerja rapat bersama badan-badan dan agensi berlainan untuk mengagihkan daging korban kepada golongan yang memerlukan bermula pertengahan Julai 2023.

SSGK merupakan jawatankuasa kecil di bawah Pergerakan SalamSG (SSGM).

Ia adalah salah satu inisiatif yang ditubuhkan pada 2022 untuk memberi nafas baru kepada program yang ditawarkan masjid-masjid di sini dan menghimpunkan masyarakat Islam kita untuk memeriahkan kehidupan beragama mereka dalam talian dan di masjid dari Ramadan hingga Zulhijah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >