Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

476 kes bunuh diri dilaporkan pada 2022, tertinggi sejak 2000

Jul 01, 2023 | 03:46 PM



Terdapat 476 kes bunuh diri dilaporkan di Singapura pada 2022, tertinggi sejak 2000.

Pusat pencegahan bunuh diri, Samaritans of Singapore (SOS), berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu bahawa ini adalah peningkatan 25.9 peratus daripada 378 kes pada 2021.

Pada 2020, 452 kematian bunuh diri dilaporkan dan 400 kes dilaporkan pada 2019.

Daripada jumlah kematian pada 2022, 125 melibatkan mereka yang berumur 10 hingga 29 tahun. Ini adalah 13 lebih tinggi berbanding pada 2021 dan satu lagi trend tertinggi sejak 2000, yang menandakan data yang paling awal direkodkan oleh SOS.

SOS berkata bahawa lebih banyak kes bunuh diri direkodkan di semua peringkat umur dan terutamanya di kalangan warga tua, yang mempunyai peningkatan terbesar.

Kes bunuh diri dalam kalangan mereka yang berumur 70 tahun hingga 79 tahun meningkat daripada 30 kepada 48, yang merupakan peningkatan 60 peratus daripada 2021.

“Usaha kolektif untuk menangani punca asas, seperti cabaran kesihatan mental, tekanan sosial dan ketidaktentuan ekonomi, mesti diberi keutamaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SOS, Encik Gasper Tan.

“Kami mengiktiraf keadaan mendesak dan komited untuk terus mengambil langkah proaktif untuk menangani peningkatan jumlah bunuh diri dan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan.”

Dengan itu, penggunaan perkhidmatan SOS telah meningkat sebanyak 27 peratus pada 2022, termasuk talian hotline 24 jam dan perkhidmatan Whatsapp CareText.


Perkhidmatan itu, bertujuan untuk individu yang mungkin tidak dapat berkongsi pengalaman mereka melalui telefon, yang telah dimulakan pada 2020.

CareText telah digunakan sebanyak 11,107 kali pada tahun 2022. Pada tahun yang sama, panggilan bantuan meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada 27,341 daripada 11,591 pada tahun 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >