Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 belia ditahan, dadah bernilai $500k dirampas: CNB

Nov 03, 2023 | 03:46 PM



Lima belia berusia antara 19 dengan 23 tahun ditahan dalam satu operasi antidadah oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu.

Dalam satu kenyataannya pada Jumaat, CNB berkata sejumlah 5,487 gram(g) ganja, 751g Ice (methamphetamine), 63g heroin, 10g setem ‘lysergic acid diethylamide’ (LSD), 380g tablet Ecstasy dan 590 tablet Erimin-5 telah dirampas dalam operasi itu.

Kesemua dadah itu dianggarkan bernilai $507,000 di pasaran gelap.

Menurut CNB, jumlah ganja, Ice dan heroin yang dirampas itu boleh memenuhi ketagihan untuk sekitar 1,240 penagih dalam seminggu, lapor The Straits Times.


Dalam fasa pertama operasi itu yang dijalankan pada Rabu di sebuah unit kediaman dekat Buangkok Crescent, seorang wanita warga Singapura berusia 21 tahun ditahan oleh pegawai CNB.

Pegawai CNB memasuki unit itu secara paksa setelah suspek enggan mematuhi arahan pegawai untuk membuka pintu.

Hasil pemeriksaan CNB membawa kepada penemuan 2,297g ganja, 216g Ice, 63g heroin, 10g setem LSD, 211g tablet Ecstasy dan 260 tablet Erimin-5 di unit itu.

Pegawai CNB kemudian menahan remaja lelaki warga Singapura berusia 19 tahun dan dua lelaki warga asing berusia 20 dan 21 tahun, di sekitar Duchess Avenue di kawasan Bukit Timah.

Orang kelima yang ditahan dalam operasi itu ialah lelaki warga Singapura berusia 23 tahun di sebuah unit kediaman di Jalan Petir, Bukit Panjang, di mana pegawai CNB juga memasuki unit itu secara paksa.

Suspek tersebut telah diiringi ke sebuah kereta, di mana pegawai merampas 3,190g ganja, 535g Ice, 169g tablet Ecstasy dan 330 tablet Erimin-5 di kereta itu.

Seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih daripada 250g Ice atau 500g ganja boleh menghadapi hukuman mati mandatori.

CNB berkata siasatan masih diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >