Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

50 disiasat atas pelbagai kesalahan selepas operasi 11 hari di Geylang

Oct 23, 2023 | 03:45 PM



Seramai 50 individu sedang disiasat atas pelbagai dakwaan, termasuk perjudian haram dan aktiviti maksiat selepas satu operasi penguatkuasaan silang agensi selama 11 hari di Geylang.

Operasi yang diketuai Divisyen Polis Bedok itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah, Biro Narkotik Pusat (CNB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Kastam Singapura, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat dan Agensi Makanan Singapura (SFA).

Ia dijalankan antara 29 September dengan 9 Oktober dan bertujuan membanteras kegiatan haram di kawasan itu, kata polis pada Isnin.

Daripada 50 individu berusia 21 hingga 73 tahun yang disiasat, 47 adalah lelaki dan tiga wanita, lapor The Straits Times.

Lelaki berusia 73 tahun itu adalah antara 24 lelaki dan seorang wanita yang ditangkap kerana kesalahan berjudi pada 29 September, selepas polis dan pegawai ICA menyerbu sebuah unit di bangunan perindustrian di Sims Avenue.

Wang tunai lebih $4,000, serta peralatan berkaitan perjudian turut dirampas dalam serbuan itu.

Selain itu, dua lagi lelaki berusia 29 dan 38 tahun sedang disiasat selepas pegawai daripada HSA, CNB dan ICA menjalankan pemeriksaan di jalan-jalan di Geylang antara 3 dengan 5 Oktober dan menemui produk kesihatan tidak berdaftar.

Barangan seperti ubat batuk dan pelbagai produk perangsang seks dengan anggaran nilai lebih $11,000 telah dirampas.

Pihak berkuasa juga menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap kedai urut tidak berlesen, pengguna peranti mobiliti aktif yang melanggar aturan dan persatuan yang tidak mengikut undang-undang.

Polis berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka “mengambil pendekatan toleransi sifar (zero-tolerance) terhadap tindakan menyalahi undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka”.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain untuk mengetatkan kawalan aktiviti haram, mengukuhkan hubungan masyarakat dan memastikan kejiranan kami selamat dan terjamin,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >