Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan Raya Presiden: Hari Penamaan Calon 22 Ogos, Hari Mengundi 1 Sep

PM Lee seru rakyat undi secara bijak bagi calon terbaik untuk jawatan Presiden
Aug 12, 2023 | 05:30 AM



Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Presiden 2023 dijadual pada 22 Ogos dan rakyat akan keluar mengundi pada 1 September, jika lebih daripada seorang calon layak bertanding.

Rakyat Singapura akan mengetahui jika mereka akan mengundi atau jika seorang calon menang tanpa bertanding pada Hari Penamaan Calon.

Sekiranya hanya seorang calon yang layak, calon tersebut akan diisytihar sebagai Presiden.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengeluarkan Writ Pilihan Raya Presiden pada Jumaat, memulakan proses memilih Presiden kesembilan Singapura.

Menulis di Facebook pada Jumaat, Encik Lee berkata beberapa individu telah tampil dan mengatakan mereka berminat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2023.

“Ini telah dilaporkan secara meluas di media dan saya pasti anda akan mendengar lebih banyak lagi daripada calon semasa tempoh kempen,” kata beliau.

“Saya berharap anda akan mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh setiap calon dan fahami pandangan masing-masing. Presiden kita mewakili semua rakyat Singapura dan adalah lambang perpaduan dan aspirasi kita. Saya berharap semua rakyat akan mengundi secara bijak bagi calon terbaik untuk jawatan itu.”

Dalam kenyataannya pada Jumaat, Jabatan Pilihan Raya (ELD) berkata individu yang ingin dinamakan sebagai calon perlu menyerahkan Kertas Penamaan Calon berserta tiga dokumen, Sijil Kelayakan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden; Sijil Masyarakat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Masyarakat; dan Sijil Derma Politik.

Penamaan calon akan diadakan di auditorium Persatuan Rakyat (PA) di 9 King George’s Avenue kata ELD.

Pegawai Pengurus Undi ialah Encik Tan Meng Dui, Ketua Eksekutif Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Buat masa ini, empat individu telah melahirkan hasrat bertanding: mantan menteri kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun; usahawan, Encik George Goh, 63 tahun; bekas ketua pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, 75 tahun; dan mantan ketua NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun.

Pada 29 Mei, Presiden Halimah Yacob mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2023 bagi penggal kedua.

Encik Tharman melancarkan kempennya bagi jawatan presiden pada 26 Julai. Encik Goh pula menyerahkan borang memohon sijil kelayakan bertanding pada 4 Ogos, sementara Encik Ng pada awal minggu lalu. Encik Tan melancarkan kempennya pada Jumaat.

Menurut kenyataan ELD itu, sekiranya lebih seorang calon layak bertanding, Hari Mengundi 1 September akan diisytihar sebagai cuti umum.

Manakala itu, dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) berkata Hari Guru akan ditunda dari 1 ke 11 September, bagi memberi kepastian kepada sekolah dan pelajar dalam membuat perancangan.

Peperiksaan GCE peringkat ‘N’ yang sepatutnya diadakan pada 11 September akan ditunda ke 12 September dan 20 September untuk memberi kepastian buat pelajar yang menduduki peperikasaan. SEAB dan sekolah akan menghubungi pelajar terjejas.







Sekilas:


  • 11 Ogos: Writ Pilihan Raya Presiden dikeluarkan
  • 17 Ogos: Tarikh tutup untuk calon menghantar borang bagi memohon Sijil Kelayakan dan Sijil Masyarakat
  • 18 Ogos: Tarikh tutup untuk calon menghantar borang bagi memohon Sijil Derma Politik
  • 21 Ogos: Calon akan diberitahu hasil permohonan sebelum Hari Penamaan Calon
  • 22 Ogos: Hari Penamaan Calon. Calon harus menghantar borang pencalonan di Persatuan Rakyat, 9 King George’s Avenue. Mereka juga harus menyertakan deposit sebanyak $40,500. Sekiranya hanya ada seorang calon yang layak, calon tersebut akan diisytiharkan sebagai Presiden
  • 22 - 30 Ogos: Tempoh kempen
  • 31 Ogos: Hari Bertenang (Cooling-Off Day)
  • 1 Sep: Hari Mengundi (Cuti Umum)



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >