Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas peguam Jeffrey Ong diarah bayar $6.58j

Oct 22, 2023 | 07:06 PM



Bekas peguam Jeffrey Ong Su Aun, yang sedang menjalani hukuman penjara 19 tahun kerana menyalahgunakan $76 juta daripada akaun pelanggan firmanya, telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar $6.58 juta kepada salah seorang mangsanya.

Airtrust (Singapore), sebuah syarikat perkhidmatan logistik minyak dan gas yang sedang dibubarkan, telah memfailkan tuntutan sivil pada 13 September 2023, terhadap Ong, yang merupakan rakan pengurusan JLC Advisors, dan empat yang lain untuk mendapatkan semula kerugian. 

Empat defendan lain ialah JLC Advisors; Encik Vincent Lim Puay Chong, rakan pengasas firma itu; Encik Robin Heng Hui Kiak; dan Encik Perakiat Siriluethaiwattana, lapor The Straits Times.


Sebahagian besar dana Airtrust yang disalahgunakan didakwa digunakan untuk membiayai penyertaan Encik Heng dan Encik Perakiat dalam penempatan saham syarikat bersekutu Allied Technologies, yang kini telah dinyahsenarai. 

Airtrust, yang diwakili oleh Encik Daniel Chia dari Prolegis, memohon penghakiman ingkar terhadap Ong, berikutan kegagalan untuk memfailkan dokumen yang diperlukan untuk memberi respons kepada saman itu dalam tempoh 14 hari selepas dokumen mahkamah diserahkan kepadanya. 

Pada 5 Oktober, penghakiman ingkar telah dibuat terhadap Ong, yang diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar $6,585,000 kepada Airtrust. 

JLC, Encik Lim dan Encik Heng telah memfailkan pembelaan mereka kepada tuntutan mahkamah secara berasingan, manakala mahkamah telah memberikan kelulusan bagi Airtrust untuk memberikan notis mahkamah kepada Encik Perakiat di Thailand. 


Ong telah menyalahgunakan wang daripada lima mangsa, termasuk Allied Tech dan Airtrust. 

Dia secara peribadi mendapat $7.2 juta, yang dibayar kepada dirinya sendiri, dan digunakan untuk membayar balik pinjaman peribadi, atau dibayar kepada rakan-rakan perniagaan untuk membayar pampasan kepada mereka bagi pelaburan yang dia telah cadangkan tetapi gagal. 

Dia melarikan diri ke Malaysia pada 13 Mei 2019, namun diberkas polis Malaysia di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 29 Mei 2019, dan kemudian dibawa kembali ke Singapura. 

Pada Julai 2023, dia diberikan hukuman penjara paling lama yang pernah dijatuhkan kepada seorang peguam di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >