Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 pengendali bas sekolah diizin ambil lebih ramai pekerja asing

Jul 12, 2023 | 03:49 PM



Enam syarikat pengendali bas sekolah telah dibenarkan mendapatkan khidmat pekerja asing untuk dua tahun.

Ini selepas Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan pada Jun tentang masalah kekurangan pemandu bas, lapor The Straits Times pada Selasa.


Menurut MOE, permohonan dinilai berdasarkan penglibatan pengendali dan khidmat mereka kepada sekolah serta usaha untuk menggajikan pemandu setempat.

Pengendali bas harus ada sekurang-kurangnya dua kontrak bersama sekolah-sekolah MOE dan perlu menunjukkan dokumen yang menyokong daya usaha mereka untuk mengambil khidmat warga dan penduduk tetap Singapura.

Pengendali yang layak boleh lagi memohon untuk menambahkan jumlah pekerja asing jika perlu.

MOE enggan mendedahkan nama enam pengendali yang dipilih untuk menerima kuota lebih tinggi.

Di samping membenarkan pengendali terpilih untuk mendapatkan khidmat lebih ramai pemandu asing, langkah lain yang MOE ambil untuk menangani masalah kekurangan tenaga kerja termasuk mengatur tempat turun dan mengambil penumpang yang sama bagi mengurangkan masa perjalanan.

Jurucakap Persatuan Pengangkutan Sekolah Singapura (SSTA), Encik Darry Lim berkata, syarikat bersaiz sederhana dengan antara 10 dengan 15 kenderaan sahaja yang akan memenuhi kriteria yang ditetapkan MOE.

Beliau juga menambah, kurang 10 peratus ahli SSTA akan meraih faedah daripada kuota tambahan itu.

Ini kerana hampir semua ahli hanya memegang satu kontrak sekolah bersama MOE dan tidak ingin mengambil risiko menanggung kos tambahan untuk membeli bas baru dan mendapatkan khidmat lebih ramai penduduk setempat agar dapat memenuhi ciri-ciri kelayakan.

“Bayangkan, jika anda seorang pengendali bas yang sudah berada dalam lingkungan umur 60-an tahun. Adakah anda akan mempertaruhkan hampir setengah juta hanya untuk penyelesaian yang sementara?” soal Encik Lim.

Encik Lim juga kata bahawa langkah itu tidak dapat menangani punca asal masalah tenaga kerja yang berkurangan.

Ini termasuk pemandu bas lanjut usia yang terpaksa bersara dan juga pemandu yang berhenti akibat gaji yang rendah, harga pembaharuan sijil kelayakan yang mahal, kenaikan harga minyak dan lain.

Beliau mencadangkan supaya kuota pekerja asing diubah bagi pengendali bas sekolah dengan jumlah kecil pekerja setempat agar ia dapat mengambil pekerja asing.

Encik Lim juga berkata bahawa kementerian sebenarnya sedang mengundang para pengendali untuk membida lebih banyak kontrak bas sekolah agar dapat melayakkan diri untuk kuota pekerja asing yang lebih tinggi.

“Ini merupakan perkara yang mempunyai “risiko” kerana pengendali yang tidak dapat menangani skala operasi yang lebih besar terpaksa menamatkan kontrak, seperti yang telah berlaku di Sekolah St Stephen,” ujar beliau.

Presiden persatuan pemilik bas sekolah dan sewa peribadi Singapura, Encik Philip Peh, juga berpendapat bahawa kriteria kelayakan MOE akan menggalakkan pengendali untuk membida lebih banyak kontrak bas sekolah.

Encik Peh, yang merupakan pengurus syarikat kenderaan Tong Tar, sedang menunggu keputusan MOE untuk aplikasinya. Jika layak, beliau ingin menggunakan pekerja asing untuk menggantikan pekerja yang mendekati umur persaraan.

Dalam borang permohonan kuota pekerja asing MOE, pengendali bas harus berkongsi cara mereka akan gunakan pemandu baru dalam operasi harian mereka dan jika mereka ada rancangan untuk berkhidmat dengan lebih banyak sekolah di bawah MOE.

Pengendali bas juga perlu menyediakan rancangan pelarasan mereka menyusuli pengakhiran tempoh tambahan kuota pekerja asing selepas dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >