Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

600 surat diberi kepada doktor privet kerana bil lebihi ukur tara, ekoran sesetengah kes rumit: MOH

Jun 14, 2023 | 06:00 PM



Sekitar 600 surat maklumat telah diberikan kepada para doktor privet ekoran sesetengah kes rumit hingga menyebabkan bil melebihi ukur tara bayaran yang disarankan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Surat-surat tersebut diberi apabila MOH mendapati terdapat amalan atau trend berulang oleh doktor privet yang mengenakan kadar bayaran melebihi ukur tara yang disarankan.

Menyatakan demikian semasa satu kenyataan pada Rabu, MOH berkata bila amalan berulang itu dikesan, pihaknya akan memberikan kepada doktor tersebut maklumat tentang saranan ukur tara bayaran dan akan memberitahu mereka tentang bayaran yang dikenakan oleh pakar lain dalam bidang yang sama.

“Kami akan beritahu mereka bahawa terdapat corak bayaran yang mereka kenakan bayaran itu, dan kami akan berikan mereka maklumat tentang saranan ukur tara bayaran.

“Lama-kelamaan kami akan bertanyakan mereka mengapa mereka kenakan bayaran sedemikian.

“Mungkin mereka akan beritahu bahawa cara mereka menguruskan pesakit adalah lebih sulit berbanding dengan rakan mereka yang lain.

“Tapi lama-kelamaan kami akan meninjau sekiranya perlu atau tidak tindakan diambil ke atas doktor sedemikian,” kata MOH.

MOH juga menyatakan bahawa latihan menghantar surat itu juga dianggap sebagai satu cara menyemak dan menguruskan sendiri bayaran yang dikenakan mereka, “kerana kami juga sedar bahawa kebanyakan pakar bedah akan melakukan kes yang lebih rumit berbanding yang kurang rumit”.

“Bukannya kami katakan bahawa jika anda kenakan bayaran melebihi ukur tara bayaran yang disarankan bermakna anda melakukan kesalahan, tetapi MOH akan tawarkan anda peluang untuk menerangkan mengapa sesetengah kes itu dikenakan bayaran yang berlebihan,” tambah MOH.

Pada Rabu, MOH telah mengeluarkan beberapa ukur tara bayaran bagi hospital, serta bayaran profesional pakar bedah dan pakar anestesia bagi sektor penjagaan kesihatan privet.

Ini akan menjadikan bayaran lebih telus dan membenarkan pihak berkepentingan seperti pesakit, penyedia khidmat penjagaan kesihatan dan pihak insurans membuat keputusan penjagaan kesihatan berdasarkan maklumat yang diberi.

Perubahan kini termasuk ukur tara yang diubah untuk mengambil kira kenaikan kos dan pengenalan ukur tara baru bagi bayaran hospital serta profesional.

MOH berkata sejak pengenalan ukur tara bayaran yang disarankan, hampir 90 peratus doktor telah mengenakan bayaran dalam lingkungan ukur tara yang disarankan untuk pakar bedah.

Menurut MOH, pihak hospital dan doktor diperlukan menawarkan kaunseling kewangan kepada pesakit sebelum pembedahan, untuk memberitahu mereka tentang anggaran kos semasa dimasukkan ke hospital.

Hospital dan doktor perlu merujuk kepada ukur tara bayaran bagi bidang masing-masing semasa proses kaunseling kewangan.

“Doktor dan hospital yang mengenakan harga melebihi ukur tara bayaran perlu memberitahu dan menjelaskan bayaran lebih tinggi itu kepada pesakit dan pihak insurans, yang mana relevan dan seberapa boleh, sebelum pembedahan berlangsung.

“Semasa proses kaunseling, jika ada komponen bil yang melebihi ukur tara bayaran, pesakit mungkin boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada doktor dan hospital.

“Selepas pembedahan, jika bil keseluruhan melebihi daripada jumlah yang diberitahu semasa kaunseling, pesakit boleh memohon untuk bil secara terperinci, dan mendapatkan penjelasan doktor dan hospital, untuk memahami komponen mana yang telah menyebabkan bil lebih tinggi daripada yang dijangkakan,” kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >