Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC: Dijangka beri manfaat kepada seramai 4,000 pekerja migran setiap tahun

MOU baru tawar rawatan gigi berpatutan untuk pekerja migran

Jun 11, 2023 | 07:45 PM



Pekerja migran di Singapura kini berupaya mendapatkan rawatan pergigian yang berpatutan selepas satu Memorandum Persefahaman (MOU) baru ditandatangani pada Ahad.

Di bawah MOU itu, pekerja migran berupaya mendapatkan khidmat doktor gigi dengan harga tetap sehingga $30 dan mereka yang mempunyai keahlian bersekutu Pusat Pekerja Migran (MWC) boleh mendapatkan diskaun tambahan $5.

Khidmat itu boleh didapatkan di dua pusat perubatan yang menyertai program jagaan gigi itu iaitu Pusat Perubatan Pekerja Migran St. Andrew’s di Pusat Rekreasi Penjuru dan klinik HealthServe di Geylang.

Program itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4,000 pekerja migran setiap tahun, kata Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dalam kenyataannya.

MOU itu dimeterai badan amal MWC, Dana Bantuan Pekerja Migran (MWAF), bersama dengan badan amal MigrantWell Singapura (MWS) – sebuah badan amal yang ditubuhkan bersama yayasan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dengan penderma pengasas Estet Khoo Teck Puat dan Ng Teng Fong.

Pemeteraian perjanjian itu disaksikan Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Heng Chee How.

MWAF akan menderma sebanyak $3 juta untuk menaja program itu sepanjang enam tahun.







Encik Heng yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan) yang hadir selaku tetamu kehormat dalam satu acara Hari Pekerja di Pusat Rekreasi MWC di Soon Lee Road, yang berdekatan Upper Jurong Road pada petang Ahad dan melibatkan seramai 8,000 pekerja, mengumumkan daya usaha baru itu.

MWC telah menganjurkan pelbagai kegiatan sejak April bagi menyambut Hari Pekerja bagi pekerja migran dan pada Ahad, sambutan utama itu turut melibatkan pengagihan pek jagaan kepada pekerja tersebut, permainan dan pesta serta persembahan di kedua-dua Pusat Rekreasi MWC dan Dormitori Tuas Capital Development.

Berucap kepada hadirin, Encik Heng berkata:

“Anda mungkin bertanggapan bahawa jagaan gigi itu bukan satu perkara penting sehingga anda sendiri menghadapi masalah gigi dan sampai anda tidak berupaya memberi tumpuan kepada tugas anda. Kami akur ia juga satu khidmat yang tidak semestinya berharga murah.”

“Jadi dengan kami membuat khidmat ini lebih murah dan dijamin bermutu baik kepada sahabat pekerja migran kami, ia adalah satu manfaat yang penting bagi anda sekalian,” tambahnya.

Encik Heng turut menggesa kepada hadirin supaya membuat pendaftaran sebagai ahli bersekutu MWC yang menawarkan pelbagai manfaat lain.

MWC – satu inisiatif dua pihak antara NTUC dengan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) – telah melancarkan keahlian bersekutu itu sejak November 2022.

Seramai 25,000 pekerja migran telah mendaftar sebagai ahli bersekutu MWC sehingga kini.

Sebagai ahli, mereka menerima liputan insurans merangkumi jagaan penyakit kritikal atau kematian serta peluang latihan dan tingkat kemahiran antara lain.

Manfaat yang ditawar kepada para ahli akan terus diperluas berdasarkan keperluan mereka, kata NTUC.

Menyusuli inisiatif itu, pengerusi MWAF, Encik Kuah Boon Wee, berkata pihaknya akur pekerja migran menghadapi kekurangan akses terhadap jagaan gigi berpatutan.

Ini sebab jagaan gigi tidak diliputi di bawah keperluan insurans pelan penjagaan utama (PCP) yang dibiaya majikan agar dapat menawarkan liputan rawatan dan pemeriksaan perubatan bagi tujuan pas pekerja serta khidmat teleperubatan.

“Jadi kami berharap manfaat rawatan gigi ini akan dapat menambah baik jagaan semasa yang ditawar kepada pekerja migran dan kami menggalak mereka untuk mendapatkan jagaan gigi itu dengan harga yang berpatutan,” kata Encik Kuah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >