Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

70 belia tamat program perjuang kedamaian di S’pura, kupas krisis Israel-Palestin

Nov 11, 2023 | 07:20 PM



Seramai 70 belia dari Institut Pengajian Tinggi (IHL) lulus menamatkan sebuah program yang memperjuangkan keamanan dan keharmonian di Singapura.

Kesemua mereka merupakan peserta di bawah inisiatif yang diberi nama Program Juara Harmoni Temasek Foundation-Roses of Peace (ROP), pada Sabtu di Raffles Town Club.

Program itu merupakan kerjasama antara pertubuhan bukan mengaup keuntungan, Roses of Peace, dengan Yayasan Temasek.

Para peserta yang digelar Juara Harmoni itu turut mengambil bahagian dalam sesi dialog, yang diadakan dengan kerjasama unit maklum balas pemerintah, Reach.

Dialog itu mengupas isu mengenai krisis Israel-Palestin yang sedang berlaku dan bagaimana belia mampu mempromosikan keamanan di Singapura.

Topik yang dibangkitkan termasuk memahami prinsip Singapura berkaitan pendekatan kepada situasi sedemikian, menggunakan daya kebijaksanaan dalam mengatasi ancaman maklumat salah dalam ruang digital, serta mengharungi sudut pandangan yang pelbagai demi membina kepercayaan dan memelihara perpaduan sosial.

Moderator sesi itu ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin.

Beliau berkata:

“Kita mesti menyediakan ruang selamat untuk satu sama lain dalam membincangkan perkara yang sukar ini. Marilah kita berdiri sama demi keamanan untuk merapatkan jurang antara satu sama lain.”

Bagi pelajar Institut Teknologi Singapura (SIT) Encik Daryll Ng, 26 tahun, beliau percaya bahawa perbincangan yang diadakan itu menyediakan ruang yang selamat untuk mereka yang berpandangan berbeza dan untuk bertukar fikiran serta kebimbangan, dengan cara yang penuh hormat dan prihatin.


“Platform sedemikian membantu kami memupuk persefahaman supaya isu-isu ini tidak memecah-belahkan masyarakat kita,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >