Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7,206 pegawai Home Team dinaik pangkat

May 25, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 7,206 pegawai Home Team dinaikkan pangkat tahun ini.



Mereka terdiri daripada 4,088 pegawai tetap dari lembaga berkanun dan Jabatan Home Team, 3,029 anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) yang bersedia secara operasi dari Pasukan Polis Singapura (SPF), dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), serta kira-kira 89 anggota dari Konstabel Khas Sukarela (VSC) dan Unit Relawan Pertahanan Awam (CDAU).



Antara yang telah dinaikkan pangkat ialah Superintenden Nur Diyana Ahmad, Timbalan Ketua, Divisyen Operasi Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), dan Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Mohd Hamzah Md Yusop, Pengarah Sektor 1 Divisyen Penguatkuasaan Biro Narkotik Pusat (CNB).



Ketika ditemui Berita Harian (BH), DAC Hamzah, yang sudah berkhidmat selama 24 tahun, berkata:



"Saya rasa setiap kenaikan pangkat adalah pengesahan bagi usaha dan kerja keras para pegawai. Kenaikan pangkat ini bukan untuk diri saya sahaja, saya juga gembira melihat banyak rakan kerja dan pegawai bawahan juga dinaikkan pangkat."



Lelaki berusia 48 tahun itu berharap pegawai CNB yang muda terus cekal dan berdaya tahan menjalani tugas mereka untuk memastikan negara selamat, mencegah kemasukan dadah, dan juga melindungi kanak-kanak dan generasi akan datang daripada cengkaman dadah.



Majlis Kenaikan Pangkat Home Team yang diadakan di Max Atria semalam mengiktiraf pegawai yang dinaikkan pangkat ke Leftenan-Kolonel atau Superintenden dan ke atas, serta gred yang setara dalam VSC, CDAU dan skim perkhidmatan awam.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, selaku tetamu terhormat, menekankan kepentingan kepercayaan, bukan sahaja di antara orang awam terhadap pemerintah dan Home Team, tetapi juga kepercayaan dalaman di antara kakitangan Home Team dengan pertubuhan mereka.



Menurutnya, kepercayaan tinggi yang wujud inilah yang telah bantu Singapura menangani Covid-19, mengekalkan jumlah kematian yang rendah dan memastikan kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan penduduk yang layak.



"Keadaan yang kita ada di mana terdapat tahap kepercayaan yang tinggi juga agak unik. Ia tidak berlaku dalam kebanyakan negara," ujarnya.



Berucap kepada kakitangan Home Team yang hadir, Encik Shanmugam menekankan bahawa walaupun keputusan yang dibuat kadangkala tidak popular, tanggungjawab sebagai pemimpin Home Team adalah untuk melakukan perkara yang betul.



"Kita bernasib baik penduduk kita kebanyakannya mematuhi undang-undang disebabkan cara kami menstrukturkannya. Undang-undang tegas, terdapat sokongan awam yang kuat untuk memastikan undang-undang tegas dan menguatkuasakannya, dan kemudian sokongan politik kukuh terhadap polis dan institusi Home Team... jadi asalkan itu diteruskan kita akan berada dalam keadaan yang baik," jelasnya.




"Keadaan yang kita ada di mana terdapat tahap kepercayaan yang tinggi juga agak unik. Ia tidak berlaku dalam kebanyakan negara.

Kita bernasib baik penduduk kita kebanyakannya mematuhi undang-undang disebabkan cara kami menstrukturkannya."

- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >