Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 babi hutan di Bukit Panjang dijerat sejak Mei: NParks

Jun 05, 2023 | 06:35 PM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) telah menjerat lapan ekor babi hutan di Bukit Panjang sejak Mei 2023.

Demikian dinyatakan NParks sebagai respons kepada pertanyaan The Straits Times mengenai kejadian pada Khamis.


Kejadian tersebut menyaksikan seorang lelaki berusia 40 tahun diserang babi hutan di Taman Alam Semula Jadi Zhenghua di Bukit Panjang dan beliau memerlukan lebih 20 jahitan di kaki kirinya.

Pengarah kumpulan pengurusan hidupan liar NParks, Dr Adrian Loo, berkata agensi tersebut sedang berhubung dengan lelaki itu.

Beliau berkata: “NParks sedang memantau kawasan tersebut dan demi keselamatan awam, telah memasang pagar bagi menghalang babi hutan keluar dari kawasan hutan untuk masuk ke estet itu.”

Agensi itu tidak dapat memberikan butiran lanjut berkenaan tarikh permulaan bagi usaha-usaha menjerat atau bilangan babi hutan yang ditangkap pada bulan-bulan sebelumnya.

“Kami juga sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan mengenai pendidikan awam dan khidmat masyarakat, bagi menggalak interaksi antara manusia dengan hidupan liar secara selamat dan bertanggungjawab.

“Ini termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan memberi makan kepada hidupan liar secara haram, yang boleh mengubah tingkah laku hidupan liar dalam mencari makanan secara semula jadi dan menyebabkannya bergantung kepada manusia untuk mendapatkan makanan,” ujar Dr Loo.

Beliau menambah, NParks telah menangani satu lagi kejadian serangan babi hutan di Bukit Panjang pada 1 Mei.

Seorang wanita berusia 34 tahun diserang dan diayun sebelum tercampak di atas jalan raya.

Wanita tersebut mengalami beberapa kecederaan dan luka di betis kanan, punggung dan lengan.

Dalam pada itu, orang ramai boleh menghubungi Pusat Respons Haiwan di talian 1800-476-1600 sekiranya berhadapan dengan babi hutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >