Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

82 jadi mangsa kes tipu ‘freecycling’ sejak Mei

Jul 04, 2023 | 02:02 PM



Sekurang-kurangnya 82 orang menjadi mangsa penipuan ‘freecycling’, iaitu satu gerakan hijau di mana orang ramai berikan barangan yang mereka tidak perlukan lagi kepada orang lain secara percuma, sejak Mei 2023, dengan kerugian mencapai sekurang-kurangnya $2,500.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa, polis berkata jumlah penipuan itu kian meningkat.

“Dalam varian penipuan ini, mangsa melihat tawaran pemberian barangan yang dimuat naik oleh penipu di pelbagai wadah dalam talian termasuk Facebook, Goodhood, Telegram dan Carousell.

“Pelbagai barangan ditawarkan termasuk basikal dan peralatan dapur yang besar seperti peti sejuk.

“Mangsa menghubungi penipu menggunakan fungsi mesej dalam wadah itu. Penipu kemudian meminta mangsa membayar bagi penghantaran barang itu atau untuk menyimpan barangan tersebut, menerusi pemindahan bank seperti PayNow atau dompet elektronik seperti Singtel Dash atau GrabPay.

“Mangsa kemudian sedar mereka telah ditipu apabila tidak menerima barangan itu,” kata polis.

Polis menasihatkan orang ramai supaya mengambil tiga langkah berjaga-jaga yang diberi singkatan ACT (Add, Check, Tell) atau Tingkat, Periksa dan Beritahu.


Pertama, orang ramai harus meningkatkan keselamatan dengan memuat turun aplikasi ScamShield dan menetapkan ciri keselamatan seperti pengesahan dua faktor (2FA) atau pelbagai faktor bagi akaun bank peribadi.

Kedua, orang ramai harus memeriksa petanda penipuan dan periksa dengan sumber rasmi selain mengelak daripada membuat bayaran atau deposit kepada individu yang tidak dikenali.

Ketiga, orang ramai juga harus memberitahu pihak berkuasa, keluarga dan teman mereka tentang penipuan serta melaporkan tentang pengguna yang mencurigakan dan kiriman palsu yang dimuat naik ke wadah dalam talian.

Orang ramai yang mempunyai hubungan mengenai jenayah sedemikian atau ragu-ragu boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menerusi laman web www.police.gov.sg/iwitness.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penipuan, orang ramai boleh juga mengunjungi laman web www.scamalert.sg atau menghubungi talian antipenipuan di 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >