Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Iras beri amaran tentang dua penipuan

Ia berkaitan surat cukai pelepasan/caj pelabur dan cukai setem palsu
Jun 27, 2023 | 04:11 PM



Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) telah dimaklumkan tentang dua kes penipuan berkaitan surat yang meminta ‘cukai pelepasan/caj pelabur’ dan sijil cukai setem palsu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Iras berkata ia telah dimaklumkan tentang kebangkitan semula varian penipuan yang menuntut pembayaran “cukai pelepasan/yuran pelabur” bagi keuntungan modal pelaburan dalam mata wang kripto.

Surat itu, yang kononnya dari Iras, mendakwa bahawa Iras menerima laporan mengenai pelaburan penerima surat dalam syarikat atau wadah mata wang kripto “Coins Capital”.

Surat itu memaklumkan bahawa keuntungan modal bagi penerima surat telah dipindahkan ke akaun escrow yang dipegang Iras dan jumlah ini tidak akan dikeluarkan sehingga “cukai pelepasan/caj pelabur” sebanyak 30 peratus daripada keuntungan modal telah dibayar.

Iras mengingatkan bahawa keuntungan bersifat modal tidak dikenakan cukai kerana Singapura tidak mempunyai cukai serupa.

Hal sedemikian terpakai secara umum kepada urus niaga yang melibatkan mana-mana kelas aset, termasuk token digital seperti mata wang kripto atau “aset kripto”.

Iras juga telah dimaklumkan tentang e-mel penipuan, kononnya daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang meminta bayaran bagi Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) dengan sijil Cukai Setem palsu.

E-mel itu mendakwa penerima e-mel tersebut perlu “membuat pengesahan” kerana bayaran untuk ABSD masih belum dijelaskan.

Sijil setem palsu itu juga mendakwa ABSD akan dikembalikan semasa tempoh pajakan tamat bagi tempoh penyewaan.

Iras mengingatkan bahawa ABSD tidak perlu dibayar untuk perjanjian sewaan dan meminta orang ramai merujuk kepada laman Pengesahan Ketulenan Sijil Setem untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengesahkan ketulenan sijil setem.


Ia juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mengendahkan surat atau e-mel sedemikian dan “tidak memberikan sebarang butiran peribadi, kad kredit atau akaun bank, membuat pembayaran” atau mengikuti sebarang arahan dalam emel atau surat tersebut.

Mereka yang terjejas oleh penipuan dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

Awal dari itu, terdapat laporan pada Januari 2022 yang turut menyatakan adanya surat mencurigakan yang kononnya dihantar Iras.

Surat tersebut diedarkan dalam kalangan individu yang telah melabur dalam sebuah wadah mata wang kripto dan meminta pemegang akaun untuk membuat bayaran cukai kepada satu alamat pembayaran digital sebelum akaun itu boleh dibuka.

Dalam satu panduan, Iras berkata: “Iras tidak akan menghantar bil cukai kepada pembayar cukai menerusi emel atau meminta sebarang pembayaran cukai untuk membuka mana-mana akaun pelaburan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >