Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia 16 tahun antara 13 ditangkap, disyaki terlibat perisian hasad dalam kes perbankan

Jul 01, 2023 | 04:20 PM



Tiga belas orang, termasuk seorang belia berusia 16 tahun, telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kejadian perisian hasad atau ‘malware‘ berkaitan perbankan.

Siasatan awal menunjukkan 10 daripada 13 suspek, berusia antara 16 dengan 27 tahun, telah didakwa membantu dalam kes penipuan.

Mereka telah berkongsi akaun bank mereka, kelayakan perbankan Internet dan mendedahkan kelayakan SingPass bagi keuntungan kewangan. 

Lagi tiga lelaki berusia antara 20 dengan 35 tahun dipercayai telah mengeluarkan wang daripada sebahagian akaun bank kepunyaan keldai wang dan menyerahkan wang itu kepada orang yang tidak dikenali. 

Mereka diberkas dalam satu operasi penguatkuasaan anti-penipuan di serata Singapura.

Menurut satu kenyataan polis pada Sabtu, operasi itu dijalankan antara 26 Jun dengan 30 Jun oleh para pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) dan Jabatan Perisik Polis (PID). 

Siasatan sedang dijalankan dan lagi 10 orang, sembilan lelaki dan seorang wanita, berusia antara 17 dengan 65 tahun sedang membantu dalam siasatan. 

Sejak Januari lalu, polis telah menerima semakin banyak laporan mengenai  kejadian perisian hasad yang digunakan untuk menjejaskan peranti mudah alih Android.

Ia telah menyebabkan transaksi yang tidak dibenarkan dibuat daripada akaun bank mangsa walaupun mereka tidak berkongsi sebarang maklumat sensitif mengenai akaun bank atau SingPass mereka. 

Mangsa sebaliknya didapati memberi respons kepada iklan bagi khidmat pembersihan, dandanan haiwan peliharaan dan bahan makanan di wadah media sosial, seperti Facebook. 

Kesalahan memperoleh faedah daripada kelakuan jenayah membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-duanya sekali. 

Kesalahan menipu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. 

Bagi mendedahkan kelayakan SingPass mereka, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga $10,000, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >