Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua pengarah MFA didakwa tipu, beri maklumat palsu

Nov 23, 2023 | 06:08 PM



Ketua Pengarah Kementerian Ehwal Luar (MFA), Gilbert Oh Hin Kwan, menghadapi tiga tuduhan – menipu MFA, bersubahat dalam menipu kementerian dan memberikan maklumat palsu kepada seorang kakitangan awam – semasa dihadapkan ke Mahkamah Negara pada Khamis.

Oh, seorang warga Singapura berusia 44 tahun.

Oh didakwa bersikap tidak jujur dengan menyembunyikan fakta daripada MFA, bahawa bungkusan mengandungi beberapa kotak ubat Panadol yang dihantar dari Singapura ke Beijing melalui beg diplomatik, adalah untuk kenalan peribadi dan bukan untuk rakan sekerjanya, Encik Dion Loke Cheng Wang.

Tuduhan ke atasnya menyatakan, MFA menerima pakej untuk penghantaran pada Disember 2022 untuk Encik Loke. MFA tidak akan berbuat demikian sekiranya ia mengetahui perkara sebenar.

Encik Loke disenaraikan sebagai setiausaha pertama (politik) kedutaan MFA di Beijing.

Beg diplomatik ialah bungkusan yang digunakan untuk menghantar surat-menyurat rasmi serta barang-barang ke dan dari kementerian luar negeri dan pejabat luar negaranya, seperti kedutaan atau konsulat. Ia dimeterai dan dilindungi oleh kekebalan diplomatik dan tidak boleh dibuka, dicari atau dirampas oleh Kastam.

Oh juga dituduh bersubahat dengan Encik Loke dalam menipu MFA pada 12 Januari 2023, dengan menghasut Encik Loke untuk menghantar bungkusan yang mengandungi jam tangan mewah dari China ke Singapura melalui perkhidmatan beg diplomatik. Oh didakwa tidak mendedahkan bahawa bungkusan itu kepunyaan dan ditujukan untuk orang lain, bukan Encik Loke.

Pada 19 Januari 2023, Oh didakwa memberi maklumat palsu kepada timbalan setiausaha MFA, ketika itu Encik Ong Eng Chuan, dengan memberitahunya jam tangan mewah dalam bungkusan yang dibawa oleh Encik Loke ke Singapura pada 17 Januari, adalah milik bapa Oh.

Sebagai tindak balas kepada pertanyaan The Straits Times (ST), MFA berkata Oh telah bercuti tanpa gaji sementara siasatan dijalankan. Kementerian tidak menyatakan bila siasatan bermula.


“MFA mengharapkan semua kakitangannya mematuhi piawaian tingkah laku tertinggi. Memandangkan perkara itu kini dibicarakan di mahkamah, MFA tidak dapat mengulas lanjut,” tambahnya.

Semasa perbicaraan, pihak pendakwaan berkata ia bersedia untuk meneruskan dua daripada tiga pertuduhan Oh jika dia ingin mengaku bersalah.

Peguam Oh, Encik Shashi Nathan dari firma guaman, Withers KhattarWong, meminta penangguhan kes itu untuk lebih lama kerana beliau perlu meminta dokumentasi dan menghubungi Jabatan Peguam Negara.


Kes Oh akan didengar semula pada 21 Disember.

Oh boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda jika didapati bersalah menipu MFA.

Kesalahan bersubahat menipu MFA membawa hukuman maksimum yang sama.

Oh boleh didenda dan dipenjara sehingga dua tahun kerana memberi maklumat palsu kepada penjawat awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >