Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akhbar bahasa Cina sambut ulang tahun ke-100 dengan pameran komik

May 22, 2023 | 03:00 PM



PENGUNJUNG di 10 pusat penjaja di sekitar Singapura dapat menikmati pemandangan kehidupan seharian dan kisah-kisah Singapura dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan pada pelekat meja dari Ahad hingga 25 Jun.

Akhbar harian berbahasa Cina SPH Media, Lianhe Zaobao, menyambut ulang tahunnya yang ke-100 dengan pameran komik maya, bertajuk “Scenes of Singapore Life”.



Pameran tersebut menampilkan 100 karya oleh 10 kartunis akhbar tersebut yang menangani isu-isu seperti kemampanan dan sisa plastik, budaya pusat penjaja dan Covid-19.


Mulai Isnin, tiga komik daripada pameran tersebut juga akan dipamerkan sebagai poster di Perpustakaan Daerah Punggol, Perpustakaan Awam Toa Payoh and Perpustakaan Awam Clementi.


Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu telah melancarkan pameran tersebut di Pusat Penjaja One Punggol pada Ahad.


“Ia memerlukan banyak usaha, kemahiran dan minat untuk menghasilkan komik yang ringkas tetapi berkesan dan bermakna,” kata beliau.


“Artis komik bukan sekadar ilustrator yang mahir melukis. Mereka juga pengulas isu-isu sosial yang tajam. Mereka memberikan kritikan yang tepat mengenai topik yang meluas, membuatkan pembaca berfikir dengan lebih mendalam tentang isu yang dihadapi.”


10 pusat penjaja yang mengambil bahagian ialah: Pusat Makanan Maxwell, Pusat Makanan Tiong Bahru, pasar dan pusat makanan Bukit Timah, East Coast Lagoon Food Village, pasar dan pusat makanan Taman Jurong, Pusat Penjaja Bukit Canberra, Pusat Penjaja One Punggol, pasar dan pusat makanan Ang Mo Kio Central, pasar dan pusat makanan 209 Kovan, serta pasar dan pusat makanan 448 Clementi.


“Komik telah berkembang dari semasa ke semasa daripada cetak kepada digital, tetapi ia masih berfungsi untuk menambah jenaka untuk menjadikan bacaan akhbar menyeronokkan dan menarik,” kata Encik Tan Chong Beng, pengarah visual kumpulan media cina SPH.


“Saya berharap sumbangan kreatif kami akan terus memberikan pembaca pengalaman membaca yang tidak dapat dilupakan,” tambah beliau yang juga merupakan salah seorang pelukis dalam pameran tersebut.


Selain Encik Tan, terdapat 9 lagi pelukis komik Zaobao: Encik Chua Xin Yew, Encik Teo Chin Puay, Encik Loo Fang Kai, Encik Chng Meng Jiang, Encik Chen Ruiqin, Encik Ho Han Chong Clifford, Encik Wilson Lee, Encik Lee Kok Hean dan Encik Goh Kah Hoe.


Terjemahan bahasa Inggeris bagi komik-komik tersebut juga tersedia di laman web interaktif Zaobao dengan mengimbas kod QR.


Semasa tempoh pameran, peraduan Vote-n-Win juga diadakan untuk membolehkan para peserta mengundi komik kegemaran mereka dan berpeluang memenangi baucar beli-belah bernilai $50. 10 pemenang akan dipilih setiap minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >