Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lawat peserta segmen Pertahanan Mutlak NDP

Jul 22, 2023 | 06:33 PM



Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Padang pada 9 Ogos nanti akan menampilkan segmen Pertahanan Mutlak baru di mana penonton boleh menyaksikan kereta berhias dan kenderaan tentera baru dalam format perbarisan.

Ini kali pertama segmen Pertahanan Mutlak akan diadakan dalam format itu.

Presiden Halimah Yacob mengunjungi pangkalan peserta Pertahanan Mutlak pada Sabtu pagi dan berinteraksi dengan sekitar 50 peserta.

Beliau disambut Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2023, Kolonel Terence Ho, serta Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Mutlak NDP 2023, Leftenan Kolonel James Fu, dan diberi taklimat mengenai enam kereta berhias dan 20 kenderaan tentera yang akan dipamerkan ketika perbarisan pada 9 Ogos.

Keenam–enam kereta berhias itu yang mewakili enam tonggak Pertahanan Mutlak – pertahanan awam, ekonomi, sosial, ketenteraan, psikologi dan digital – antara tumpuan baru dalam NDP 2023.

Pertahanan digital disertakan sebagai salah satu tonggak Pertahanan Mutlak pada 2019 dan pada 2023 ia diwakili buat kali pertama di NDP oleh Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Menekankan peri penting daya tahan kolektif sebagai satu Singapura, Presiden Halimah berkata:

“Format baru perbarisan ini adalah menyegarkan dan benar–benar mencerminkan setiap tonggak Pertahanan Mutlak dan menggariskan kepentingan setiap rakyat Singapura bersatu walaupun menghadapi cabaran dan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kekuatan negara”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >