Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota Mabims meterai MOU halal

Nov 16, 2023 | 08:05 PM



Satu Memorandum Persefahaman (MOU) Halal telah ditandatangani semasa Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims), yang diadakan di Singapura pada Khamis.

MOU Halal itu ditandatangani oleh pemimpin Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.

Perjanjian itu termasuk dalam pertukaran maklumat dan kepakaran dalam bidang pensijilan halal, serta pertukaran hasil penyelidikan dan kajian aspek Syariah, sains dan teknikal.

“Memorandum antara Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Kementerian Agama Republik Indonesia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Ugama Islam Singapura mencerminkan adanya persefahaman dan ikatan yang erat di dalam pembangunan bidang halal di antara negara anggota Mabims,” kata keempat-empat anggota Mabims itu dalam satu kenyataan bersama.

Mesyuarat ke-20 Mabims itu dipengerusikan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Ia turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ustaz Baharuddin Othman; wakil Menteri Agama Republik Indonesia, Encik Syaiful Rachmat Dasuki; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Encik Mohd Na’im Mokhtar; dan Menteri Kanan Misi Khas (Hal Ehwal Islam) Kerajaan Kemboja, Dr Othsman Hassan, selaku negara pemerhati.

Dalam mesyuarat kali ini, para menteri itu membincangkan perkembangan terkini masyarakat Islam di rantau ini, khususnya kemajuan program kerjasama berbentuk Fokus Strategik, yang dijalankan setiap negara di bawah Rancangan Strategik Mabims 2021-2025. 

Mereka juga memperbaharui komitmen untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara anggota Mabims, termasuk perkembangan platform digital.

Satu buku terbitan bersama anggota Mabims telah dihasilkan.

Bertajuk Tafsir Ilmi (Ayat-Ayat Kauniyyat), buku itu bertemakan penciptaan alam yang menggambarkan kekuasaan, keindahan dan keagungan Allah swt dari perspektif Al-Quran melalui pendekatan Tafsir Ilmi.


Ia bertujuan untuk bacaan umum, sambil mengajak masyarakat mengagungkan Al-Quran sebagai sumber petunjuk dan inspirasi kemajuan umat dan peradaban manusia, kata Mabims. 

Anggota Mabims turut sebulat suara mengharapkan keamanan dalam konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku di Gaza.

“Para menteri bersepakat mengajak seluruh umat Islam di rantau ini untuk terus konsisten dalam berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar mengembalikan keamanan dan melenyapkan segala kezaliman lantas meringankan penderitaan mereka yang terjejas,” ujar Mabims dalam kenyataannya.


Pertemuan Mabims seterusnya akan diadakan di Malaysia pada 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >