Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Anwar ucap tahniah kepada Tharman atas kemenangan

Sep 03, 2023 | 07:10 PM



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengucapkan tahniah kepada bakal Presiden Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam, menyusuli kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden pada Jumaat.

Dalam satu pos Facebook pada Ahad, Datuk Anwar berkata beliau berharap Singapura akan terus makmur di bawah kepimpinan Encik Tharman.

“Mendoakan agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama antara Malaysia dan Singapura terus utuh dalam semangat kekeluargaan yang mampu membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, selain mengharapkan Singapura terus makmur dan sejahtera di bawah kemudi beliau.

“Selamat maju jaya kepada Tharman Shanmugaratnam sebagai Presiden baru Republik Singapura!” katanya.

Ucapan tahniah turut diberi kepada Encik Tharman menerusi akaun Instagram Datuk Anwar.

Sebelum ini beberapa pemimpin negara, termasuk dari Amerika Syarikat, India dan Ukraine, turut mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman Shanmugaratnam atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden 2023.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1 September, jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Matthew Miller, berkata Washington dan Singapura berkongsi kerjasama yang teguh dan kukuh buat sekian lama.

Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, turut mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman di platform media sosial X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Encik Tharman, 66 tahun, yang merupakan bekas menteri kanan, bakal menjadi ketua negara kesembilan setelah kemenangan besar dalam undian pada Jumaat.

Beliau mengaup 70.4 peratus undi, mengatasi 15.72 peratus dan 13.88 peratus yang diraih masing-masing oleh calon lain, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian.

Encik Tharman bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden di Istana pada 14 September ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >