Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Tharman, alu-alu kerjasama rapat perkukuh hubungan dua hala

Sep 02, 2023 | 07:43 PM



Beberapa pemimpin negara, termasuk dari Amerika Syarikat, India dan Ukraine, telah mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman Shanmugaratnam atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden 2023.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1 September, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Encik Matthew Miller, berkata Washington dan Singapura berkongsi kerjasama yang teguh dan kukuh buat sekian lama.

“Amerika Syarikat dan Singapura berkongsi kerjasama yang telah terjalin lama dan kukuh, yang dibina di atas dasar saling menghormati, nilai bersama dan kepentingan bersama.

“Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan bakal Presiden, Encik Shanmugaratnam, dan rakyat Singapura untuk mengukuhkan lagi ikatan persahabatan dan kerjasama yang berkekalan antara kedua-dua negara kita.

Dalam kenyataan yang sama, Encik Matthew turut merakamkan penghargaannya buat Presiden Halimah Yacob atas sumbangannya kepada hubungan dua hala antara Amerika dan Singapura semasa “tugas pejabat bersejarahnya” sebagai Presiden wanita pertama Singapura.

Duta Amerika ke Singapura, Encik Jonathan Kaplan, turut mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman dan rakyat Singapura atas kejayaan Pilihan Raya Presiden Singapura.

“Bagi pihak Amerika Syarikat, saya mengucapkan tahniah kepada Tharman Shanmugaratnam dan rakyat Singapura atas kejayaan pemilihan Presiden ke-9 Singapura. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Presiden Dipilih dan membina hubungan rapat kami,” kata Encik Kaplan.

Perdana Menteri India Encik Narendra Modi, turut mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman di platform media sosial X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk mengukuhkan lagi Perkongsian Strategik India-Singapura,” kata Encik Modi.

Di platform yang sama, Duta Besar Ukraine ke Singapura, Cik Kateryna Zelenko, turut mengutuskan ucapan tahniah kepada Encik Tharman:

“Tahniah kepada Encik Tharman Shanmugaratnam atas kejayaannya dipilih sebagai Presiden Singapura. Kami mengharapkan kerjasama dan persahabatan yang lebih baik lagi,” kata Cik Zelenko.

Selain itu, ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Cik Kristalina Georgieva; Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Singapura, Cik Iwona Piórko; dan Ketua Menteri Negara Tamil Nadu, Encik M.K. Stalin, turut merakamkan ucapan tahniah buat Encik Tharman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >