Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman temui penyokong, ucap terima kasih

Bakal Presiden tidak jangka ‘perpaduan begitu luar biasa’, sifatkannya sebagai sesuatu yang sangat positif bagi S’pura
Sep 02, 2023 | 06:31 PM



Bakal Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam, meluangkan pagi Sabtu, beberapa jam selepas memenangi Pilihan Raya Presiden, dengan mengunjungi empat lokasi serata Singapura untuk menemui penduduk dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mengundinya.

Mantan menteri kanan itu, yang ditemani isterinya, Cik Jane Ittogi, telah ke kawasan Jurong, Marsiling, Tampines dan Toa Payoh, dan disambut dengan penuh meriah dan teriakan “huat ah” serta “ong lai” daripada penyokongnya yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya dan mengucapkan tahniah.

Encik Tharman meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Presiden pada Jumaat dengan 70.40 peratus pengundi memilihnya sebagai presiden kesembilan Singapura.

Beliau menewaskan pesaingnya, mantan ketua pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, yang masing-masing meraih 15.72 dan 13.88 peratus undi. Lebih 2.4 juta orang telah mengundi pada pilihan raya presiden itu.

Bercakap kepada media pada Sabtu, Encik Tharman berkata beliau terkejut dengan margin kemenangannya dan tidak menjangkakan “perpaduan yang begitu luar biasa”.

“Ia adalah sesuatu yang sangat positif bagi Singapura. Malah ketika berjalan-jalan hari ini di beberapa pusat penjaja, orang ramai mengucapkan tahniah kepada saya. Saya sebenarnya mengucapkan tahniah kepada mereka… di atas rasa perpaduan yang warga Singapura mahukan. Jika tidak, saya tidak mungkin mendapat margin itu,” katanya.

Encik Tharman memulakan kunjungan beliau ke kawasan Pusat Penjaja Taman Jurong sekitar 9 pagi, di mana ramai di kalangan penyokong beliau telah membanjiri tempat itu dan menunggu seawal 8 pagi.

Beliau telah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong selama 22 tahun sebelum meletak jawatan daripada kabinet untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden ini.

Jelas ramai di antara bekas penduduk beliau turut mengongsi kegembiraan setelah kemenangan Encik Tharman diumumkan secara rasmi.

Suasana riuh tersebut dimeriahkan lagi dengan agihan nanas percuma kepada mereka yang hadir sebelum ketibaan Encik Tharman dan isteri.

Ahli Persatuan Jurong Hong San See telah menyediakan dua trak, iaitu sekitar 500 biji nanas, untuk meraikan kemenangan besar itu.

Encik Tharman telah memilih nanas sebagai simbol kempennya. ‘Ong lai’ bermaksud nanas dalam bahasa Hokkien dan ia melambangkan kemakmuran dan nasib baik yang akan datang.

Beliau meluangkan masa sekitar lebih 30 minit untuk beramah mesra dengan penyokong serta para penjaja di sana, yang turut mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan tahniah dan bergambar dengan beliau.

Encik Tharman dan pasukannya kemudian membuat perjalanan ke utara Singapura di Pusat Penjaja Marsiling Mall, di mana beliau turut disambut meriah oleh penduduk di sana dengan sorakkan “huat ah!” jelas kedengaran.

Turut hadir untuk menyambut ketibaan beliau sekitar 10.20 pagi, adalah Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang juga merupakan Penasihat GRO GRC Marsiling-Yew Tee.

Mereka telah meluangkan masa bergambar dengan mereka yang hadir sebelum meninggalkan pusat penjaja itu untuk ke Our Tampines Hub (OTH), yang terletak di kawasan timur negara.

Barisan panjang juga dapat dilihat di OTH, dengan orang ramai, termasuk beberapa anggota tentera Singapura, ghairah untuk bergambar sambil mengucapkan tahniah.

Encik Tharman mengakhiri lawatan beliau dengan mengunjungi Toa Payoh Hub sekitar 12.30 petang.

Beberapa penyokongnya kemudian mengiringi Encik Tharman ke kereta 45 minit kemudian.

Salah seorang daripada mereka ialah Cik Radiah Ab Jabbar yang gembira Encik Tharman dipilih sebagai presiden.

“Beliau seorang yang rendah diri dan peramah dengan semua orang tanpa mengira bangsa. Saya yakin beliau akan menjadi presiden yang dapat mewakili Singapura dengan baik di mata dunia dan juga membantu rakyat,” katanya.

Sementara itu, beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, juga telah mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman.

Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, India dan Ukraine juga telah menyampaikan ucapan tahniah mereka di atas kemenangan beliau.

Susulan Pilihan Raya Presiden – Muka 4 - 5




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >