Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apa yang anda perlu tahu tentang ‘OT’

Jul 30, 2023 | 05:30 AM



Kerja lembur biasa adalah perkara biasa di mana-mana tempat kerja, namun ia menjadi pertikaian apabila tiba masanya untuk membayar gaji.

Isu ini tertumpu pada sifat pekerjaan itu dan tugas yang dilaksanakan oleh pekerja.

Ramai golongan profesional atau eksekutif lebih tinggi contohnya tidak boleh meminta gaji bagi kerja lembur kerana mereka biasanya dinilai berdasarkan prestasi dan hasil kerja.

Golongan itu tidak akan dibayar lebih meskipun meluangkan masa yang lama di pejabat atau sama ada mereka terus bekerja di rumah pada waktu malam.

Ramai pekerja pejabat biasanya mengelak daripada menuntut gaji bagi kerja lembur, kerana ia seolah-olah mengakui mereka tidak mampu menyelesaikan kerja mereka semasa waktu kerja.

Apabila mereka perlu bekerja lembur, majikan biasanya akan memberi waktu cuti tambahan, bukan dalam bentuk wang.

Tuntutan gaji kerja lembur dalam pekerjaan yang memerlukan kehadiran pekerja itu secara fizikal, contohnya pekerja barisan hadapan.

Malah Akta Pekerjaan membenarkan majikan memanggil pekerja kembali ke kerja semasa hari cuti atau mengerah mereka untuk membuat kerja lembur apabila timbul keadaan yang memerlukan.

  1. Apabila berlaku kemalangan di tempat kerja. Pekerja juga boleh dikerah jika mereka diperlukan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
  2. Apabila pekerjaan itu “penting bagi kehidupan masyarakat” seperti untuk mengatasi gangguan kepada khidmat pengangkutan awam atau perkhidmatan utiliti.
  3. Apabila kerja itu diperlukan bagi pertahanan dan keselamatan negara.
  4. Apabila kerja segera diperlukan untuk memperbaiki jentera atau memulihkan operasi di tempat kerja atau sebagai tindak balas terhadap kejadian yang tidak dijangka.
  5. Apabila kerja itu penting untuk ekonomi Singapura.

Sebagai contoh apabila wabak Covid-19 melanda pada 2020, ramai pekerja penjagaan kesihatan dan barisan hadapan perlu bekerja lembur disebabkan cabaran tinggi yang dihadapi negara.

HAD KERJA LEBIH MASA BULANAN

Tujuan asal mengehadkan tempoh kerja lembur seseorang pekerja dalam sebulan adalah bagi menggalak majikan mengambil lebih ramai pekerja dan tidak hanya bergantung kepada tenaga kerja sedia ada.

Contohnya, jika seorang majikan mempunyai dua pekerja dan kededuanya telah melebihi had kerja lembur untuk bulan itu, firma tersebut harus mengambil pekerja ketiga jika lebih banyak kerja perlu dilakukan.

Namun apabila Hakim Mahkamah Tinggi Goh Yihan menyemak perubahan terhadap undang-undang sepanjang tahun-tahun sebelum ini, beliau berkata tujuan di sebalik meletakkan had itu telah berubah daripada hanya menggalakkan pengambilan kerja kepada memberi perlindungan lebih baik untuk pekerja dan mempertingkat piawai pekerjaan terutama sekali di kalangan pekerja bergaji rendah.

Had kerja lembur kini ditetapkan 72 jam sebulan.

Untuk itu, jika pekerja bekerja lima hari seminggu dan diperlukan untuk kerja lembur bagi setiap hari itu, hadnya adalah tiga jam setiap hari untuk bulan itu.

Kontrak pekerjaan biasanya menetapkan jika seseorang pekerja boleh menuntut pampasan bagi kerja lembur.

Walaupun sestengah pekerja mungkin mengalu-alukan gaji lebih tinggi dengan bekerja lembur, Hakim Goh berkata had tersebut bertujuan melindungi golongan pekerja tertentu daripada dipaksa bekerja lembur.

Ramai pekerja takut kehilangan pekerjaan jika tidak ingin bekerja lembur.

Justeru undang-undang itu dilaksanakan untuk melindungi mereka, sementara majikan yang memaksa kakitangan untuk melebihi had yang ditetapkan boleh dilaporkan.

Jika terdapat tugasan terdesak yang perlu dilakukan, majikan boleh meminta pihak berkuasa tenaga kerja untuk mendapatkan keizinan bagi kakitangan untuk bekerja lebih lama daripada had yang ditetapkan.

Namun permohonan seperti itu perlu dilakukan dengan keizinan pekerja tersebut, dan langkah akan diambil untuk memastikan kesihatan dan keselamatan tidak terjejas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >