Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Arah angin tentukan paras jerebu di S’pura, walau tompok panas Indonesia bertambah

Oct 06, 2023 | 04:21 PM



Meskipun bilangan tompok panas di Indonesia telah bertambah, arah angin dari negara itu yang akan menentukan paras jerebu yang bakal melanda Singapura, kata pakar.


Menurut Agensi Sekitar Kebangsaan (NEA), mutu udara sekarang berada pada tahap tidak sihat di bahagian selatan dan tengah Sumatera serta di Kalimantan Selatan dan Tengah, dengan jerebu tebal yang berpunca daripada kebakaran di Kalimantan Barat dan Timur.

Profesor Madya Steve Yim, penyiasat utama di Balai Cerap Bumi Singapura di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), memberitahu The Straits Times beliau telah melihat beberapa peningkatan dalam jumlah tompok panas sejak 24 September.


Malah, jumlah tompok panas pada 26 September mengatasi paras tertinggi pada 25 Ogos.

Tetapi beliau menambah bahawa bilangan tompok panas itu masih belum setanding dengan situasi jerebu yang lebih serius pada 2015 dan 2019.

Seorang saintis atmosfera bebas, Dr Erik Velasco, berkata angin dari kawasan tenggara pada masa ini membawa sedikit jerebu akibat kebakaran di selatan Sumatera dan Kalimantan.

“Berbanding dengan Kuala Lumpur, kita dapat mengelak aliran tiupan jerebu sedikit.

“Jika angin beralih dan mula bertiup dari barat daya, jerebu dari Jambi (Sumatera Barat) dan Riau (Sumatera) akan sampai ke Singapura, dan mungkin membawa jerebu yang lebih teruk,” kata beliau.

Tetapi jerebu tidak mungkin seteruk yang dilihat sebelum ini, iaitu pada 2013 dan 2015, ujar Dr Velasco.

Beliau menambah bahawa perubahan arah angin boleh membawa lebih banyak zarah yang dikenali sebagai partikel halus mikroskopik (PM2.5), yang akan mengakibatkan jerebu sederhana atau teruk.

“Sekiranya itu berlaku, saya fikir tempohnya singkat, dari beberapa jam kepada satu atau dua hari paling lama, berdasarkan corak angin sejak beberapa minggu lalu,” kata Dr Velasco

Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) dikira berdasarkan tahap purata kepekatan PM2.5 dalam masa 24 jam, dan juga bahan pencemar lain.

Cuaca yang lebih panas dan kering dengan bermulanya El Nino pada separuh kedua 2023 akan diburukkan lagi oleh Dipol Lautan Hindi yang positif, satu lagi fenomena iklim yang membawa cuaca lebih kering.


NEA menjangka cuaca kering berterusan sepanjang dua minggu akan datang, dengan hujan sekejap-sekejap di Singapura.

Nasihat jerebu harian rasmi akan diberi sekiranya NEA menjangka PSI 24 jam memasuki tahap “tidak sihat”.

Di Asia Tenggara, cuaca sedemikian telah menyebabkan tanah gambut Indonesia yang kering dan mudah terbakar menjadi lebih terdedah kepada kebakaran.

Profesor Matthias Roth daripada Jabatan Geografi di Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata Singapura mungkin terus terjejas oleh jerebu daripada kebakaran, terutama dari Sumatera Selatan dan Tengah.

Ini akan berlaku hingga musim tengkujuh timur laut pada November atau Disember, apabila angin yang datang dari utara akan meniup asap jerebu beredar dari Singapura, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >