Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aturan pelbagai tatacara perlu bagi tangani ancaman siber rentas sempadan: Josephine

Oct 18, 2023 | 05:59 PM



Usaha nasional dan serantau adalah penting untuk menentang ancaman rentas sempadan di ruang siber, namun mewujudkan peraturan pelbagai hala berasaskan tatacara di ruang siber di peringkat antarabangsa adalah kunci untuk melakukannya dengan berkesan, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.

Berucap di Sidang Menteri Asean mengenai Keselamatan Siber (AMCC) kelapan, Cik Teo berkata untuk mencapai kemajuan, Asean perlu mengukuhkan kerjasama dan daya tahan keselamatan siber serantau, selain menyokong pembentukan peraturan pelbagai hala berasaskan tatacara di ruang siber di peringkat antarabangsa.

Dalam keselamatan siber, kerjasama dan komunikasi antara negara-negara Asean adalah baik tetapi kerjasama ini perlu dimajukan dengan lebih mendalam lagi, katanya.

Ini boleh dilakukan dengan mengukuhkan respons kejadian siber yang berlaku dalam Asean.

“Ancaman siber tidak mengenal sempadan. Satu serangan boleh merebak dengan pantas ke seluruh dunia.

“Oleh itu, adalah penting bagi semua Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (Cert) Asean bekerjasama untuk berkongsi maklumat dengan pantas dan memberi amaran kepada satu sama lain secepat mungkin,” ujar Cik Teo.

Beliau turut menyarankan agar piawaian dibangunkan sedang Asean berusaha membina Bandar-Bandar Bijak dan Industri 4.0.

Ini kerana, tambahnya, mengguna pakai piawaian teknologi asas adalah penting untuk membina keyakinan dalam kalangan perniagaan dan pengguna.

Cik Teo juga mengatakan terdapat keperluan bagi Asean meningkatkan pembangunan keupayaan kerana “keselamatan siber merupakan usaha berkumpulan”.

“Kami menghargai kepakaran daripada semua negara-negara Asean dan mengiktiraf keperluan bagi hubungan serantau yang kukuh untuk menangani insiden siber rentas sempadan dengan lebih baik. Atas sebab ini, Singapura berminat untuk menyumbang kepada usaha pembinaan kapasiti serantau,” kata beliau.

Pada masa yang sama, Cik Teo berkata meskipun usaha di peringkat nasional dan serantau adalah sangat penting, ia tidak mencukupi.

“Sebenarnya adalah demi kepentingan kita untuk bekerjasama di peringkat antarabangsa untuk mewujudkan perintah berbilang hala berasaskan peraturan di ruang siber,” katanya.

Buat masa ini, Singapura dan Malaysia serta negara-negara Asean lain sedang menghasilkan senarai semak pelaksanaan norma sebagai rujukan yang tidak mengikat bagi negara Asean.

Perbincangan sedemikian juga akan dilaksanakan di Kumpulan Kerja Terbuka (OEWG) Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi keselamatan infokom dan teknologi (ICT) serta penggunaannya, yang dipengerusikan oleh Singapura.

“Terdapat peluang besar yang dibentangkan oleh teknologi dan inovasi digital tetapi ini hanya boleh dilakukan di negara kita dan memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan jika kita boleh menjaga keselamatan siber kita dengan baik,” tambah Cik Teo lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >