Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Awas! Usah imbas kod QR risalah ini, kata NEA

Oct 25, 2023 | 05:59 PM



Usah imbas kod QR yang tidak diketahui atau pautan akses pada risalah atau bahan lain daripada sumber mencurigakan.

Begitu amaran Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu catatan di Facebook baru-baru ini.

Risalah yang telah disebarkan itu dikatakan sebagai pemberitahuan kepada orang ramai tentang lampu denggi percuma yang boleh didapatkan, bagi menghapuskan nyamuk denggi.

Kod QR dilampirkan dalam risalah itu supaya mereka yang berminat boleh mendapatkannya.

NEA memberi amaran keras supaya orang ramai berhati-hati dan usah mengimbas kod itu atau mengkases sebarang pautan yang mencurigakan.

Dalam satu catatan Facebook, NEA berkata:

“Sekali lagi kami telah dimaklumkan tentang risalah bahawa sesetengah penduduk terus menerima risalah mendapatkan lampu denggi percuma, dan ingin mengulangi bahawa risalah itu BUKAN dari NEA.

“Tambahan lagi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan peraturan bagi pengiklanan yang diterbitkan penasihat kewangan dan menasihatkan pengguna agar tidak memberi respons kepada iklan yang tidak dikenali, seperti risalah ini, memandangkan mereka mungkin berurusan dengan orang tidak layak.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >